Daisypath Friendship tickers

Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA!!!

salam semua...
huhu..
ini adalah entry pendek untuk kedatangan merdeka..
hadui..tengah exam pun tangan still gatal nak taip entry..
demi negara terchenta:)

selamat merdeka semua!!!
tapi merdekakah anda???
ape maksud erti kata merdeka buat anda???


tepuk dada tanya diri sendiri..

hamba belum merdeka dari belenggu peperiksaan mid sem..
hamba sudah merdeka dari belenggu kehabisan tiket bas,sebab dah beli tiket,
lagi 3 hari hamba merdeka lah!!

tapi yang pastinya,
MALAYSIA tercinta dah 53 tahun merdeka!!!
mari nak highlight sikit..
53 TAHUN MERDEKA!!
ok..dah nmpak kan??
hehhee..
so ape erti kata merdeka ni semua pada korang??

dah tade penjajah,boleh hidup bebas,
dah tak perlu makan ubi kayu macam orang dolu2 zaman tentera bintang tiga,
makanan bertimbun2 nak-nak kat bazar ramadhan..

anda rasa anda cukup menghargai tak kemerdekaan ni????
hihi..
oklah,kalau macam hamba,tade kereta kan??
so hamba nak tunjuk hamba sayang malaysia ,
hamba letak lah bendera malaysia kat sini!!
korang nampak tak??
hehhe:)

ape2 pun..
SELAMAT MERDEKA yer kawan2..
kita mungkin dah merdeka dari penjajah,
tapi mungkin pemikiran kita perlu juga dimerdekakan:)
fikir2-fikirkan ok!!!


imej dari pakcik google!!:)


JOMLIKE!

Ahad, 29 Ogos 2010

mood raya...

salam semua...
selamat hari ahad..
hari semua orang boleh rehat..
tapi hamba tak dapat...


huhuhu..
dikala semua orang dah countdown masa untuk raya,
dah checklist barang-barang raya..
dah mengemas beg balik kampung..
hamba hanya mampu 
memasang lagu raya 
untuk meneman hamba dating dengan cik pemakanan lanjutan..


orang lain kira baju raya,
hamba kira kalorie intake,
orang kemas baju raya,
hamba kemas barang periksa...


uwaaaaa...
esok sampai jumaat hamba exam mid sem tau..
doakan hamba yer rakan2..
sape2 yang baik hati,
belikanlah baju raya dan kuih raya untuk hamba..
nak bagi duit raya pon hamba tak kisah..


hohoho..
oklah adios!!!



walaupun semgat dah semangat raya..
jangan dilupa 
hari kemerdekaan negara kita!!!

JOMLIKE!

Jumaat, 27 Ogos 2010

mengaji dan anda???

salam semua..
salam nuzul quran:)
eh2..dah masuk 18 ramadhan baru nak ucap kan???
tape lah..
asalkan ade kan??

sebut pasal nuzul quran,
tahu ke ape itu nuzul quran???
ke tahu nuzul quran = cuti umum je???

meh la hamba cite sikit..
eh2..
tak jadi lah nak cite..
kome baca kat sini je ea


okeyh..
heheh...dah pendek sikit entry nih...
bile cite nuzul quran,teringat lah al-quran kan??
bila ingat kat kitab suci ni,teringat la zaman mengaji dulu...


p/s: sila klik gambar untuk kenal dua budak comel ini:)

zaman mengaji yang macam-macam perangai...
kalau hamba dulu,mengaji kat umah tok guru hamba + mengaji kat umah ngan abah..
rotan itu adelah habuan utama ye pada waktu itu...
balik sekolah,mandi2,pakai baju kurung,pakai bedak2 sikit,amik beg mengaji,
pastu jalan kedek2 pegi umah tok guru..
hamba tak merasa pun mengaji kat KAFA..

hehehe..
tapi hamba tahu,
kalau budak2 KAFA ni,
balik KAFA konfirm singgah kedai,
lepas abis mengaji,
pegi beli tora lah dindang lah,nini cokelat celup lah..
hahha..kenangan3..

tak pun balik pergi beli ABC + keropok lekor panas2..
memang terbaik lah..

budak2 sekarang ada lagi tak yang mengaji kat umah orang??
korang2 pun jom lah kongsi2 cite korang time ngaji dulu..
cite nakal ke,cite sedih ke,cite kelakar ke,apa2 lah..
teringin nak tahu ni..

citer tau kengkawan:)
hehhee..
oklah..
tu dulu ea..
ADIOS!!



JOMLIKE!

Rabu, 25 Ogos 2010

mahu kurus???

salam semua..
selamat hari rabu..
eh2..dah 15 ramadhan dah~~
maknanya lagi 12 hari nak balik..
ouh lama lagi!!!!

ops!!!tajuk ku apekah???
ade yang berminat???

hehehe..
bulan puasa ni cnfrm ramai yang akan kuarkan ayat ni
"heheh,puasa ni boleh la aku diet sikit"
eh2.jangan tak ngaku..
cnfrm ade la~~hehhee...
ni ade la fenomena biasa ok!!!

alkisahnya,
patutnya memang boleh membantu anda untuk diet,
tapi kalau dah time buke tu 
melantak meja penuh makanan..
memang alkisahnya..
korang g timbang berat kat shopping complex,
die cakap
"ANDA BERAT"
wakakaka...mahu tercabut biji mata korang nanti~~
kat sini mahu la hamba sharing sikit ilmu yang hamba dapat as budak sains pemakanan kan..
ni basic je la..
hambe pun baru beginner yang tak berapa nak pakar lagi..


1st korang kena tau intake kalori korang semua dalam sehari..
ini anggaran je la ea..
approximately,untuk umur 
20-39 (f) perlukan 2000 kcal
manakala 
20-39(m) perlukan 2500 kcal

okeyh yang ni yang dicadangkan tau,
tapi tak semua akan ikut yang dicadangkan tau~~
ikut keadaan dan fizikal anda..
so,untuk yang mahu kurangkan atau tambahkan 0.5 kg /week.
anda haruslah berusaha menurunkan/menambahkan kalori anda sebanyak 500 kcal..
caranya: kurangkan saiz makanan anda,kurangkan minyak dalam makanan(untuk yang nak tambah berat,sebaliknya ok)

bayangkan 0.5kg/week=2kg/month..
kan berbaloi tu,
tayah nak susah -susah korang nak makan ubat macam2..
change ur life style,
eat healthy,do physical activity,
u can choose the way u live.

heheh..orait!!!
ni basic je tau..
mungkin nak tau banyak lagi kan??
nah..
mm bagi sedikit rujukan


ok!!
dah habis..sape rase ini berinfo!!!
sila angkat tangan pastu tekan like & komen!!!wakaka..

p/s: lagu raya dah kuar kat radio,tapi kat bilik hamba dah lama dah~~~ngeh3...adios!!

JOMLIKE!

Selasa, 24 Ogos 2010

senyum....

salam semua...
selamat hari selasa.
ouh2..dah 14 hari dah puasa...
maknanye malam ni start la witir with qunut kan??
jom2..kita g terawikh malam ni jom~~hehehe...
ok2..
semalam mood sedih kan??
hari nih dah gembire balik...
hehehe...
anda nak senyum tak??
nah..hamba bagi video nih kat korang..
dengar lagu ni..
konfirm anda senyum~~hehhe:)
tekan play tau~~~...
kat bawah ni lirik die..

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

tengok..kan dah kate..
mesti korang senyum punyer lah..:)
selamat senyum semua:)
adios!!!kelas menunggu~~

JOMLIKE!

Isnin, 23 Ogos 2010

oh nuffnang..kenapa ni~~~~-____-

salam semua...
selamat hari isnin~~~
hari ni mood hamba sedih dalam gembira...
gembira sebab 4 the whole day hamba tade kelas ok...
tapi sedih sebab..
ntah kenapa incik nuffnang yang hensem merajuk dengan mm...


kenapa ni nuffnang???
kenapa status gelihati hamba kena tarik???
ape salah hamba???
waaa....
tolong!!!!!!
habis BE sume dah jadi half dah...


kenapa NUFFNANG...
pliz2...
hamba dah tnya helpdesk nuffnang..
hopefully nuffnang baik hati bagi status gelihati balik kat hamba..

hamba sangat setia dengan nuffnang...
atas tepi tengah blog hamba semua nuffnang..
bersih dari kekasih lain...


tOLONG!!!!sedih ok:(
ok dah.oleh kerana tade mood..
stop dulu.bye.

JOMLIKE!

Ahad, 22 Ogos 2010

kenangan raya....

salam semua...
selamat sahur yer..
huhu..semalam tak sahur arini kul 4 dah terkejut taleh tdo lagi dah..
hamik kau!!
ok2...
entry kali ni taknak merepek meraban intro panjang2..
mari kite terus ke tajuk entry..
apa disebaliknya..



nampak gambar diatas??
kalau tak nampak mungkin anda boleh jumpa optometrist
ape disebalik gambar ni..

nampak tak seorang lelaki dalam 3 gambar ni???
he is my hero..
hero paling gagah,paling berani,paling kuat,paling tabah,paling saya sayang....
my abah..
nik ismail nik kar..
dan cerita yang berkait dengan kenangan raya ni..
ada kaitannya dengan my only abah...
di pagi 1 syawal 1426 hijrah(ok yang tahun tu tak berapa nak pasti sebenarnye)
pagi yang hening,mungkin disaat orang lain sedang bersiap aku dan family juga sudah bersiap 
berpakaian baju raya masing2..
semua adik beradikku sudah bangun kerana memang menjadi kebiasaan keluarga kami..
untuk pergi menziarahi kubur arwah nenekku selepas abah pulang dari masjid..
alkisahnya,abah pergi ke masjid yang jauh dari rumah kerana tanggungjawab abah sebagai bilal disitu..
hari itu seperti hari-hari biasa..
abah turun awal pagi,dikala semua orang sedang berusaha untuk bangun(aku lah tu)
dan kami di rumah sudah mula amik turn untuk mandi dan bersiap..

tapi hari itu abah pulang agak lambat dari kebiasaan ...
kami dirumah tetap menunggu dan menunggu..
dengan hati masing2 yang sedang dalam keresahan,tapi ditenangkan fikiran itu...
lama menunggu,tibe-tibe..
telefon abah berbunyi ....

semua yang dalam bilik sudah diam untuk mendengar perbualan ma..
rumah jadi sunyi sepi seketika dari bunyi pinggan mangkuk dan kami yang sedang bersiap..
ma bercakap sesuatu dengan pemanggil tersebut,
tapi aku yang tika itu berada dalam bilik tak dapat menangkap apa yang ma perkatakan hinggalah 
tiba-tiba ma panggil along dan 
"long,cepat siap,abah accident,kerete kena hempap pokok"

dan saat itu,dalam baju kurung raya aku,
aku terjelepok ke lantai..
aku tak kuat..tak kuat dengan berita itu..
baju ku dah basah dengan air mata..
sepeninggalan ma,semua adik beradik yang tinggal di rumah dah tak sedap duduk..

aku tak keluar dari bilik,
mata sudah semakin membengkak..
air mata ibarat tiada lagi untuk dikeluarkan..
dalam hati hanya mampu berdoa

"ya allah selamatkanlah bapa ku..
sesungguhnya hati ku tidak kuat ya allah,
hamba masih belum dapat membalas jasa-jasanya ya allah,
hamba belum berpuas bermanja dengannya ya allah,
aku belum puas menjaganya ya allah
masih banyak dosaku padanya ya allah"

********************************************************
dipendekkan cerita...
hari itu merupakan hari raya aidilfitri yang paling berairmata bagi aku....
dan alhamdulillah,
abah boleh pulang pada hari yang sama,
abah dijahit di bnyak tempat,
di muka,di lidah,oh tak ingat dimana lagi..
tapi hati aku sangat bersyukur..
terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepada ku..
peluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa ku..
sesungguhnya,mereka lah no 1 dihatiku..
mereka yang membesarkan ku dengan begitu tabah,
yang sabar melayan kerenahku dari hari pertama aku dilahirkan..


"YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH"

****************************************************
semoga kita semua sentiasa menghargai mereka,
mereka yang dah banyak berjasa kepada kita...

salam ramadhan buat semua..

p/s: entry ditaip dengan muka yang basah dengan air mata..ya allah..aku rindu keluargaku..semoga keluarga ku sentiasa dirahmati ALLAH:)


JOMLIKE!

Sabtu, 21 Ogos 2010

dan bila....

salam semua...
selamat hari sabtu hari org shopping raya...
macamana puasa anda???
harap sume ok yer:)
alkisah nak la citer sket..
smlm hamba g jln2 cari pasal ngan adik hamba kat SOGO n jln TAR...
gile lah ramai orang...
tu nasib baik pegi ari jumaat klau pergi hari sabtu 
takut adik hamba cari hamba mcm ayah cari anak hilang plak...
ouh2...
best2,kuar dapat belikan baju rayer 4 my parents...hiiii....:)
dan adik pun dapat beli baju untuk dia..
aku jer tak beli apa2...
then dari jln tar kitorang berpatah balik pegi pekeliling untuk solat..
n then straight away naik monorel ke chowkit...
kami berbuka di restoran LALA SEAFOOD...
the food is awesome:)
nih ape yang kitaorg mkn...
*imej dari google*


tom yam campur...




telur dadar



kerabu mangga




sambal belacan


3 nasi putih

2 ais batu


1 teh o ais limau+ sirap ais





hahaha..
ini lah jadi dan bila kami berdua keluar:)
tu jer nak citer:)
jap2,cuba teka berapa kami habis utk menu2 diatas?






p/s: akibat kepenatan,tidur tak sedar diri lalu tak bangun sahur:(


JOMLIKE!

Jumaat, 20 Ogos 2010

buat misz terra:)

salam semua..
selamat subuh di hari jumaat..
sedar tak dah 10 ramadhan ni???
sekejap je kan??hehhe...
ok....
dah baca tajuk entry kan??
mari kita proceed dengan isinya..

2 hari lepas misz terra
ada datang bertandang ke rumah hamba nih..
lalu datang mengomen...
dan sekarang mahu lah hamba tunaikan permintaan beliau...

1. macam mane nak buat button like dekat post tu kan???
hamba tatau bagi tutorial,hamba pun tengok tutorial dekat blog orang tau...
so,begini caranye..

pergi je dekat blog liyanaa..
dan terra akan dapat jawapannya...
hehehe:)
 
2.macam mana nak pasang commentluv.
 ok....yang ni plak..
terra boleh pegi dekat blog ariff shah
kat situ die ade ajar,and in bm ok~~
susah nak cari tau...


so,dah smpai dah hajat untuk terra...
selamat mencuba yer terra:)
ade masalh sila la tnya..
untuk yang lain bolehla kalau nak cuba..
"sharing is loving"



JOMLIKE!

Khamis, 19 Ogos 2010

facebook dan kanak-kanak

salam semua...
selamat hari khamis...selamat 9 ramadhan..
alhamdulillah,panjang lagi umur untuk puasa...

sebelum hambe start membebel tanpa menghiraukan apa2 kat sekeliling hamba..
hamba nak mintak maap awal2 dulu...
kot2 la ape yang hamba tulis ni bakal menggores dan menang hati anda yang terasa..
ini hanyalah pandangan dari seorang hamba yang walaupun fizikalnya kecik,
tapi akalnya sudah matang(ececce..puji diri sendiri plak kan)

FB??
rasanya semua orang dah tahu pasal FB kan??
macam2 motif orang kat luar sana join fb..
for me:
hamba buat fb sebab trend sekarang~~
tapi itu time mula2 la..
pastu bila dah lama2 
motif hamba nak main game plak..
tapi bila dah bosan,tukar lagi,
motif hamba adalah mencari kawan2 lama hamba yang dah lama terpisah dari hamba..
dan motif itu tercapai bile hamba dapat jumpa cikgu-cikgu + kawan-kawan hingusan hamba...
dan anda??
ape motif anda bukak akaun FB??
tepuk dada tanya hati~~

okeyh,,intro dah agak panjang disitu..
jadi mari pendekkan isinya..
apa pandangan anda kalau budak 6 tahun@kanak2 sekolah rendah ada akaun fb??
hamba tatau ape motif mereka ok??
nak kata nak connect ngan kawan2 yang terpisah rasanya kawan2 boleh jumpa kat sekolah..
ibu2 bapak2,
anda tengok tak ape anak anda lakukan??
anda check tak??
anda tak kisah ke anak2 anda terjebak dengan "benda2" lain??
hello,anak tu baru 6 tahun kot,senang gile nak terpengaruh,
kalau boleh,jauhkan anak2 anda dari terjebak dari hal ini,ok???
hamba nak cakap lebih2 hamba tade anak lagi kan..
so ini juz pandangan dari hamba..

sekali lagi..harap maaf pada yang terasa..
kalau sayang anak,biarlah dengan cara yang betul,
jangan terlalu manjakan mereka kerana..
most kes lari dari rumah terjadi bila kanak2 @ remaja 
tak dapat ape yang mereka nak..
ye lah,dah selalu ibu bapa ikut jer,n suddenly tak ikut..
memang meroyan la budak tu~~

fikir2kan ok:)
sharing is loving:)

JOMLIKE!

Rabu, 18 Ogos 2010

bahagia itu adalah seni....

salam semua...
selamat pagi..
lepas subuh,rase nak update sumthing kat blog nih...
sambil2 tunggu subuh tadi,hamba buat rutin harian...
blogwalking + membaca..

baca ape??
baca buku..
tajuknya..
:jadilah wanita yang paling bahagia:

dan tetibe terjumpa satu part...
rasanya mahu nak berkongsi dengan anda semua..
kan "sharing is loving"

 menurut Dr Dicks(pakar psikologi)
 "kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah"

and now..
hamba nak lah sharing ape 10 kaedah itu:

1. melakukan apa yang anda suka dan minati.
2. jaga kesihatan fizikal anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat:merangkumi amalan pemakanan dan senaman yer kawan-kawan.
3. hidup anda mestilah bertujuan,kalau tak anda sesat,takde hala tuju,hanya mengikut kata hati..
bak kata pepatah "ikut hati mati" kan??
4. menerima segala ape yang datang dalam hidup anda seadanya,jangan pernah merungut dengan ape yang terjadi terhadap kerana sesungguhnya,setiap kejadian ada hikmahnya.
5. hayati setiap apa yang berlaku dalam hidup anda,jangan sesali apa yang dah lepas, dan putus asa dengan masa depan anda.
6. berfikir-dan berfikir dan berfikir sedalamnya,khasnya semasa memutuskan sesuatu keputusan agar anda tak menyalahkan orang lain jika terjadinya sesuatu.
7. sentiasalah memandang orang yang berada di bwah anda.
8. biasakan diri anda dengan senyuman,senyuman itu satu sedekah:)
9. membantu orang lain dalam mencari kebahagiaan..kerana,anda pasti akan dapat merasa kemanisan kebahgiaan itu~~
10. gunakanlah setiap peluang yang datang dalam hidup anda,kerana mungkin peluang itu takkan muncul lagi dalam hidup anda.. 
  
semoga hidup kita semua berada dalam keadaan bahagia..
macam hamba yang menang lucky number kat blog shahir@meng
dan perasaan hamba bila dapat,lagi satu BE 

JOMLIKE!

Selasa, 17 Ogos 2010

ade yang rindu???

salam semua...
selamat hari raya selasa...
hehehe..selamat 7 ramadhan 1431H...
ade yang tak pose ke??
kalau pompuan hambe terima,tapi kalau lelaki..
jangan nak mengada2 mengaku ALLAH bg cuti kat korang ea!!
hampuk kepala kat dinding kang!!!
(ceh2 garang no)

ouh2..
help me..
mahu update tapi tade isi..
inilah jadinya...
merepek meraban hingga ke mana..
(ouh tetibe mentol bernyala)
meh hambe cite kat korang semua..
rezeki hamba dikala ramadhan~~~

ceh2.kalau rezeki memang cnfirm lagi sahih la cite pasal 
pakwe hensem lagi kacak hambe..
MRNUFFNANG!!

hahhaa..cnfirm la sape pengikut tegar wal pembaca tegar belog hambe ni perasan..
last 2 week hamba seperti biskut chipmore itu!!!!
ngeh2..sume gara2 lappy yang demam campak.

tapi kan..dalam 2 minggu tak aktif macam HOTLINK tu..
mm dapat hadiah gak tau dari NUFFNANG..
memang sayang lebih3 la..
ape hadiahnyer...

sahih lagi confirm la cik BE yang indah lagi comel..


yahoo!!!!!
sayang lah nuffnang!!!
hehehe..
oklah sedare sedari..
hamba sedang penat ...
penat dengar macam2 bunyi kat surrounding nih...:(
last ly!!
ADIOS!!!


JOMLIKE!

Sabtu, 14 Ogos 2010

alfatihah....

salam semua..
salam ramadhan buat semua..
semoga kita semua dirah,ati dan dapat merasai kemanisan dan kenikmatan 
RAMADHAN tahun ini...

ok,kalau rindu hamba..
sabar2..
esok @ lusa hamba update ok!!
kasi bundle punyer update..

sekarang juz simple update..
just nak sampaikan satu khabar..
khabar tentang pemergian seorang blogger.
mungkin ade antara kita yang kenal arwah..


ape2 pun,semoga arwah zaza ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
al-fatihah

untuk keterangan lanjut..


JOMLIKE!

Isnin, 9 Ogos 2010

salam ramadhan:)

salam semua....
lama sungguh tak hupdate..
dlam sejarah nih tak hupdate dekat seminggu..
maaf bagi yang menunggu..
masalah lappy membelenggu hambe untuk hupdate...
anyway..
thanx a lot sebab still dtg walaupun hamba tak berblogwalking..


harini dah 09 ogos 2010,
lagi 2 hari untuk menuju 11 ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan..
so,it's time utk kita semua umat ISLAM seluruh dunia berpuasa..
inilah masa untuk menambah amalan dan pahala..
tapi jangan bulan ramadhan je rajen beribadah,
tapi bulan lain tidak..
jangan3x ok!!!





just a simple short update untuk anda semua.
selamat berpuasa semua:)

JOMLIKE!

Selasa, 3 Ogos 2010

epilog syurga cinta...

assalamualaikum cikgu!!!blogger sekalian
anda sihat????
semoga sihat lah yer..
kalau yang tak sehat tuh tak reti2 ke nak pi klinik kayakan doktor???
ngeh3...kepala ku masuk air nmpaknyer...

wah2...
orang lain dah ramai kot post pasal nih..
tapi ini dipost bukan sebab sesi ciplak menciplak idea okeyh!!!!

entry ni ditulis setelah mendapat kelulusan SIRIM hati dulu tau...
cewah..hati ade undang2 okeyh!!
jangan jeles!!

wakakakka..ade tak yang rase nak lempang hamba banyak2 kali sekarang??
kalau ade.sila tampar diri sendiri..
ok2...dah tak main2 dah..
meh nak komen sikit cite yang menjadi topik hangat blogger sekalian..

nah!!!!tengok gambar dak comel ni dulu kasi naik semangat!!!

hambe dah tengok 1st episod yang baru lancar semalam kan??
it was.....AWESOME!!!
permulaan yang menarik,
walaupun pada zahirnya hamba rase cam mungkin orang agak cam tahu jalan cerite dia akan lebih kurang sama dengan muvie SYURGA CINTA..
tapi sebab ade mia sara...yeh!!!mm kasi dwnload siap~~

dan lagi satu yang menarik minat hamba adalah..
trademark percintaan si ilham dengan siti iaitu..
v
v
v
v
v

ngeh2..aiskrim malaysia yang harga 20 sen sebatang tu ok!!!
wah..rindu2..nak aiskrim malaysia jugak!!!

dahlah..terliur plak aku tengok aiskrim malaysia nih..
petang ni makan aiskrim cornetto la~~
bye!!!adios!!

JOMLIKE!

Isnin, 2 Ogos 2010

isnin hari nuffnang...part 2

salam semua...
selamat hari isnin~~~
haish terlmbat plak keluar post feberet sume orang nih...

ngeh2...bila ade NUFFNANG..
mesti entry akan mendapat smbutan hangat..
tak kira dari silent reader atau follower2 tegar..
tak percaya??
cubalah try!!
pasti nak lagi..hahaha..

ok..
dah masuk part 2 pun entry isnin hari nuffnang nih..
yang 1st dah baca belum??
kalau belum..silalah baca isnin hari nuffnang...


ok...mari sambung part 2!!!
nak cite ape yer..
ouh..1st sekali dengan rase bangga dan terharu..
hamba mahu umumkan bahawasanya..
hamba dah cashout nuffnang hamba!!!

wakakakka...gila bangga!!
tak sabar nih nak dapat 1st cheque dari nuffnang yang hensem nih..
berapa amount??
ouh2..hamba malu nak reveal~~~
nampak tak??
dah rm0.00..
jadi silalah klik lagi yer..
heheheh...

alhamdulillah,buffered masih berjalan:)
boleh cashout lagi lepas habis buffred nih~~~ngeh3...:)

nak tengok trafik plak??
adus..malu plak~~
lain kali hamba tunjuk ea...

sebenarnyer,mmg saje buat post nih 
untuk bangga diri dah cashout incik nuffnang hensem tuh!!!

waaa...jangan marah ar....
ape2 pun..
"sharing is loving " kan???




JOMLIKE!

Ahad, 1 Ogos 2010

meroyan...

salam semua...
ouh2..tetibe meroyan plak nak taip entry..
sorilah kalau entry ke laut eh!!!

ape2 pun sebelum ke laut!!
singgah kat darat jap~~
mahu wish anda semua...
selamat 1OGOS....
sedar tak ni dah 1 OGOS??

kalau tak sedar meh nak tolong lempang sikit kasi sedar..
ngeh3..part nih memang hamba suka la kan...
okeyh...ucapan dah kan???
ade lagi satu la...
selamat menyambut bulan RAMADHAN...

"bulan RAMADHAN ramai orang tunggu,
sebab mahu tambah amal dan ilmu,
tapi dikala bulan ramadhanlah manusia kalah ngan nafsu,
kalau boleh satu bazar ramadhan tu dia nak sapu.."

so,peringatan buat semua,
bulan puasa bukan alasan untuk anda-anda dan anda,
untuk shoping makanan bagai esok tak muncul lagi,
makan 2 orang tapi beli bagai nak runtuh meja.

sila yer..
berjimat dan jangan MEMBAZIR!!
untuk itu,entry depan nantikan tips elak pembaziran ...
hehehe....selamat yer semua:)

p/s:maaflah,ini entry meroyan sebab hepi tengok blog dah macam cantik~~:)





JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...