Daisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2010

cerita RAYA!!

salam semua...
selamat hari raya!!!
ececece....mood raya lagi ke??
cnfrm la tidak..
raya duk umah macam tak raye jer...:(
duit raya???still dpt ok!!!
tapi dari siblings ngan parent je la..

jom la kite cite raye nak tak???
tapi malas nak taip sebenarnyer..
jom tengok tentatif program untuk raya 1-4
harini dah 5 kan??

raya pertama:
tahun ni full house ok!!
sume pun ade:)
pagi raye bersolat raya,
then sebelah petang nya 
beraya rumah alongku ngan makteh..
tu je.full stop.

nah,layan gmbar raye pertama!!


hahaha..tunjuk satu cukup la!!
ini tandanye FULL HOUSE!!ok!!

raya kedua:
subuh:melawat kubur arwah nenek:)
pagi,berjalan2 ke rumah mak anjang,
biler pegi rumah mak anjang,automatik teringatkan
arwah fikri dan ayah ngah,alfatihah buat mereka:(
ok,petang pule,
kami sekeluarga berkumpul di rumah k.long..
sesi makan2 bersama keluarga,
tapi makan lepas maghrib as my parents dah start pose 6!!
menu: mee hoon sup yang power!!!
ops,gmbar tade la..:(
lupa plak,mlam tu pegi beraya rumah ima..
bersama nazmi@a.long dan shida:)

raya ketiga:
raya ketiga dirumah jer seharian,
dari pagi ke malam..
kitorg ade bbq keluarga malam tu..
so petang dah start membakar,
seronok!!
ade ayam,ikan,udang,ketam,sotong!!
fuh!!!
MARVELLOUS!!!
oh lupa!!
malam tu dapat kunjungan terhormat saudara 
amir faiz & amir fauzan..
giler lama la borak tak hengat dunia~~

raya keempat:
ini semalam punyer cerita!!!
semalam saya pegi GAMBANG WATERPARK!!
hahaha...seronok2!!
rase tertinggal jantung kat situ
sebab naik yang tinggi tuh!!
wahahha..ni 1st time ok!!
gmbr??nanti lah masuk ea..

pape pun pengisian raya ni,
diharap kita semua dapat mencapai apa yang kita mahu..
dan dapat merasa ramadhan yang indah..
semoga bertemu lagi ramadhan tahun hadapan:)

p/s: alfatihah buat keluarga mangsa pembunuhan,kes Dato' Sosilawati,dan tiga lagi mangsa,salah seorang darinya adalah orang kampungku,iaitu saudara Kamarudin,abah kate,kat masjid dah buat sembahyang ghaib untuk arwah beliau,semoga roh mereka dicucuri rahmat.

JOMLIKE!

Isnin, 6 September 2010

kad rayer!!!

salam semua...
yay!!!1 more paper to go...
huhu sementara nk tenangkn otak nk smbung study,
hamba taip entry jap..

ni ade tawaran untuk follower2 kesayangan hamba @ sape2 yang rajen lyan karenah hamba
cuba tengok bawah




ha...
nilah namanya kad raya ..
boleh letak kt fb,
tag kawan2..

so,tawarannya kat sini..
sape2 berminat nak hamba buat kad raya untuk anda..
silalah angkat tangan,
komen entry ni..
then hantar emel gambar yang korg nak masukkan dalam kad ni...
hantar kat hatisamronkin@yahoo.com

tawaran ni sampai hari isnin,6hb september=hari hamba balik rumah:)
sape mahu2..
silalah:)
adios!!



JOMLIKE!

Ahad, 5 September 2010

contest raya meletups!!

salam semua...
selamat pagi!!!!!

hari ini mm mahu joinkan diri dalam contest ini..
contest raya meletups!!!

memang meletups la you all..
tahu kenapa??
ni hadiahnyer..
Hadiah pertama: RM 100
Hadiah kedua: RM 50
Hadiah ketiga: RM 30

hahaha..
konfirm ade yang ternganga tengok hadiah kan??
ape lagi sila lah ke proud to be me untuk syarat2nyer:)

************************************************************
nik ismail nik kar,
chef kegemaran saya..
gambar ni time masak untuk kenduri kawen sepupu,
yer,ayah saya tukang masak kat rumah orang kawen tau:)
so imagine how sedap die masak:)

ni gambar romantik 
my abah ngan my ma..
romantik kan??
jangan jeles ok!!
dah 31 tahun mereka bersama:)
alhamdulillah,semoga terus kekal sampai akhir hayat:)
sayang ma n abah:)

ni plak gambar gembire kami sekeluarga di pagi raya,
tapi tak cukup korum,lagi 3 anak+2 menantu+1 cucu

okeyh,now kite ke entri pule..
buat pengetahuan cik penganjur contest,
hamba dah penah buat entry ni,
so,hamba edit2 je tau:)
sebab hamba taleh nak taip balik,
nanti mata hamba sembab menangis~~

nampak tak seorang lelaki dalam 3 gambar ni???
he is my hero..
hero paling gagah,paling berani,paling kuat,paling tabah,paling saya sayang....
my abah..
nik ismail nik kar..
dan cerita yang berkait dengan kenangan raya ni..
ada kaitannya dengan my only abah...
di pagi 1 syawal 1426 hijrah(ok yang tahun tu tak berapa nak pasti sebenarnye)
pagi yang hening,mungkin disaat orang lain sedang bersiap aku dan family juga sudah bersiap 
berpakaian baju raya masing2..
semua adik beradikku sudah bangun kerana memang menjadi kebiasaan keluarga kami..
untuk pergi menziarahi kubur arwah nenekku selepas abah pulang dari masjid..
alkisahnya,abah pergi ke masjid yang jauh dari rumah kerana tanggungjawab abah sebagai bilal disitu..
hari itu seperti hari-hari biasa..
abah turun awal pagi,dikala semua orang sedang berusaha untuk bangun(aku lah tu)
dan kami di rumah sudah mula amik turn untuk mandi dan bersiap..

tapi hari itu abah pulang agak lambat dari kebiasaan ...
kami dirumah tetap menunggu dan menunggu..
dengan hati masing2 yang sedang dalam keresahan,tapi ditenangkan fikiran itu...
lama menunggu,tibe-tibe..
telefon abah berbunyi ....

semua yang dalam bilik sudah diam untuk mendengar perbualan ma..
rumah jadi sunyi sepi seketika dari bunyi pinggan mangkuk dan kami yang sedang bersiap..
ma bercakap sesuatu dengan pemanggil tersebut,
tapi aku yang tika itu berada dalam bilik tak dapat menangkap apa yang ma perkatakan hinggalah 
tiba-tiba ma panggil along dan 
"long,cepat siap,abah accident,kerete kena hempap pokok"

dan saat itu,dalam baju kurung raya aku,
aku terjelepok ke lantai..
aku tak kuat..tak kuat dengan berita itu..
baju ku dah basah dengan air mata..
sepeninggalan ma,semua adik beradik yang tinggal di rumah dah tak sedap duduk..

aku tak keluar dari bilik,
mata sudah semakin membengkak..
air mata ibarat tiada lagi untuk dikeluarkan..
dalam hati hanya mampu berdoa

"ya allah selamatkanlah bapa ku..
sesungguhnya hati ku tidak kuat ya allah,
hamba masih belum dapat membalas jasa-jasanya ya allah,
hamba belum berpuas bermanja dengannya ya allah,
aku belum puas menjaganya ya allah
masih banyak dosaku padanya ya allah"

********************************************************
dipendekkan cerita...
hari itu merupakan hari raya aidilfitri yang paling berairmata bagi aku....
dan alhamdulillah,
abah boleh pulang pada hari yang sama,
abah dijahit di bnyak tempat,
di muka,di lidah,oh tak ingat dimana lagi..
tapi hati aku sangat bersyukur..
terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepada ku..
peluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa ku..
sesungguhnya,mereka lah no 1 dihatiku..
mereka yang membesarkan ku dengan begitu tabah,
yang sabar melayan kerenahku dari hari pertama aku dilahirkan..


"YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH"

****************************************************
semoga kita semua sentiasa menghargai mereka,
mereka yang dah banyak berjasa kepada kita...

salam ramadhan buat semua..

p/s: entry ditaip dengan muka yang basah dengan air mata..ya allah..aku rindu keluargaku..semoga keluarga ku sentiasa dirahmati ALLAH:)


JOMLIKE!

di penghujung ramadhan...

salam semua...
selamat 26 ramadhan...
yer,dah smpai penghujung dah ramadhan kali ni..
sekejap sungguh mase berlalu,
harapanku,semoga diriku masih diberi kesempatan untuk berjumpa ramadhan tahun hadapan:)

bila hujung ramadhan ,
semua insan sibuk mencari 
1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan..


seperti firman ALLAH S.WT
"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" 
(Surah al-Qadr, ayat 3).


  "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" 
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

tapi,dalam sibuk mencari manisnya ramadhan,
indahnya malam lailatul qadar,
jangan ini hanya untuk ramadhan,
jangan berhenti setakat ini..
sesungguhnya beribadat la kamu ibarat kamu akan mati esok hari

dan bila dah akhir ramadhan,
syawal menjengah tiba,
dikesempatan ini,
hamba nak bagi kad raya kepada anda semua.
jemput amik ye semua.:)
selamat hari raya aidilfitri,
pada yang memandu,hati-hati di jalan raya:)




JOMLIKE!

Sabtu, 4 September 2010

kenangan pre raya:)

salam semua..
selamat malam:)eh2,da hampir penghujung da ramadhan kite:)
amacam??dapat rase manis nyer puasa??
harap2 walau sikit,pasti ada sedikit kemanisan yang kita dapat:)

hari ni hamba nak cite kenangan pre raya hamba..
huhuhu...alkisahnya,
ini adalah aktiviti lepas exam berakhir semalam..

hari pertama kejadian
masa bermula: lepas asar hari jumaat
masa berakhir: sahur sabtu pagi

kisah bermula dengan kejadian tunggu bas nak pergi stesen monorel 
huih,hampir2 setengah jam gak menunggu,
hajat dihati mahu makan pizza d THE MALL,
tapi pergi2 
"woah!!!penuh ok!!"

lalu ade la sorang mamat pekerja pizza datang ke arah kitorg
jom layan dialog kitorg ngan abg pizza
kitorg:ade meja kosong lagi tak???kitorang nak reserved satu meja boleh??
abg pizza: ouh,sekarang penuh,sebab ramai non muslim,tinggalkan no fon,nanti kitorg call..

kitorg pun dengan semangat yang teguh dan hati yang berkobar2 nak makan pizza,
terus lah bagi no fon + siap order terus ni..
lalu masing2 buat haluan sendiri,
tunggu punya tunggu,tak tepon2..dalam hati dah hampa keciwe air mata..
pastu salah 2 orang dari kitorg g tanya balik.
tau tak ape jawapan mereka??

pizza boy: tade meja kosong la kak,tatau bile diorang nak keluar
masa kejadian: lagi 10 minit nak buka puasa..
memang kitorang "gembire" la dapat berita tu..
lalu masing2 g lah cari bekalan nak alas perut dulu..

alkisahnya,kitorang pun lepas dah beli makanan alas perut,kitorg pun berhati tulus suci dan murni,
naikla nak g surau,
ces2!!ramai gile orang..
lalu,disaat azan berkumandang di radio,
kami ber8 pun merempat di tepi2 jalan orang nak ke surau..
sila amik perhatian!!!
kami duduk dilantai ibarat piknik di pantai nan indah ok!!!

dipendekkan cite,kami makan kat foodcourt sebagai penghujungnya..

pesanan penaja untuk semua:
sesiapa yang nak buka kat luar tu,silalah reserved awal2 k!!
kalau tidak rase la piknik tengah2 shoping mall..

ha,hamba dah dapat dah manisnya..
inilah manisnya ramadhan,
dapat eratkan ukhwah kami,
dari segi lain,tepuk dada tanya diri ok!!!

adios!!!
NOTA ORANG TAK PUAS HATI: penat bersesak2 di jalan TAR tadi..ish2,orang kat kl tak pernah nak sikit~~


JOMLIKE!

Jumaat, 3 September 2010

himpunan msg rayer:)

salam semua..
wahaha..siyes la mood hamba dah mood rayer terlampau..

semalam kad rayer,
arini msg rayer plak kan???
jom baca msg2 rayer yg menarik ni:)



mercun dah berbunyi,
lagu raya dah berkumandang,
anak ayam dapat lari,
anak itik kena tendang,
kad raya malas beli,
hantar sms lagi senang:)

biar rambut segelap ALMOND LONDON,
asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
biar iman sekental DODOL,
jangan senipis REMPEYEK,
biar jiwa selembut BAULU,
asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
senyumlah semanis WAJIK,
agar lebaran yang disambut,
lebih bermakna:)

sekotak mancis secawan madu,
selaut kasihseluas rindu,
salam manis penuh syahdu,
salam aidilfitri dariku untukmu:)

walau jauh bukan halangan,
sms dihantar tanda persahabatan,
kuphon maaf selama berkawan,
salam aidilfitri tanda ingatan:)

b4 aidilfitri datang,
b4 ramadhan pergi,
b4 operator bz,
b4 msg asik pending,
b4 kredit abis,
salam aidilfitri buat semua..:)

masak lemang sambil berdiri,
hendak makan di aidilfitri,
nak hantar kad raya posmen dah cuti,
sms sahaja dapat kuberi.:)

terciptanya cinta tak mengenal sempadan,
tercipanya rindu tak mengenal perasaan,
terciptanya sayang tak mengenal gerangan,
terciptanya biskut hanya untuk dimakan:)


ohoi!!!selamat dapat inspirasi dan dapat penuhkan inbox semua kawan anda dengan msg:)
adios!!!



JOMLIKE!

Ahad, 29 Ogos 2010

mood raya...

salam semua...
selamat hari ahad..
hari semua orang boleh rehat..
tapi hamba tak dapat...


huhuhu..
dikala semua orang dah countdown masa untuk raya,
dah checklist barang-barang raya..
dah mengemas beg balik kampung..
hamba hanya mampu 
memasang lagu raya 
untuk meneman hamba dating dengan cik pemakanan lanjutan..


orang lain kira baju raya,
hamba kira kalorie intake,
orang kemas baju raya,
hamba kemas barang periksa...


uwaaaaa...
esok sampai jumaat hamba exam mid sem tau..
doakan hamba yer rakan2..
sape2 yang baik hati,
belikanlah baju raya dan kuih raya untuk hamba..
nak bagi duit raya pon hamba tak kisah..


hohoho..
oklah adios!!!



walaupun semgat dah semangat raya..
jangan dilupa 
hari kemerdekaan negara kita!!!

JOMLIKE!

Isnin, 9 Ogos 2010

salam ramadhan:)

salam semua....
lama sungguh tak hupdate..
dlam sejarah nih tak hupdate dekat seminggu..
maaf bagi yang menunggu..
masalah lappy membelenggu hambe untuk hupdate...
anyway..
thanx a lot sebab still dtg walaupun hamba tak berblogwalking..


harini dah 09 ogos 2010,
lagi 2 hari untuk menuju 11 ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan..
so,it's time utk kita semua umat ISLAM seluruh dunia berpuasa..
inilah masa untuk menambah amalan dan pahala..
tapi jangan bulan ramadhan je rajen beribadah,
tapi bulan lain tidak..
jangan3x ok!!!





just a simple short update untuk anda semua.
selamat berpuasa semua:)

JOMLIKE!

Ahad, 1 Ogos 2010

meroyan...

salam semua...
ouh2..tetibe meroyan plak nak taip entry..
sorilah kalau entry ke laut eh!!!

ape2 pun sebelum ke laut!!
singgah kat darat jap~~
mahu wish anda semua...
selamat 1OGOS....
sedar tak ni dah 1 OGOS??

kalau tak sedar meh nak tolong lempang sikit kasi sedar..
ngeh3..part nih memang hamba suka la kan...
okeyh...ucapan dah kan???
ade lagi satu la...
selamat menyambut bulan RAMADHAN...

"bulan RAMADHAN ramai orang tunggu,
sebab mahu tambah amal dan ilmu,
tapi dikala bulan ramadhanlah manusia kalah ngan nafsu,
kalau boleh satu bazar ramadhan tu dia nak sapu.."

so,peringatan buat semua,
bulan puasa bukan alasan untuk anda-anda dan anda,
untuk shoping makanan bagai esok tak muncul lagi,
makan 2 orang tapi beli bagai nak runtuh meja.

sila yer..
berjimat dan jangan MEMBAZIR!!
untuk itu,entry depan nantikan tips elak pembaziran ...
hehehe....selamat yer semua:)

p/s:maaflah,ini entry meroyan sebab hepi tengok blog dah macam cantik~~:)





JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...