Daisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2011

hargai tika masih ada…..

salam semua..salam jumaat buat semua..dah masuk ke hujung minggu nampaknya..dah masuk hari ke4 di bulan mac pun,sedar tak sedar kan!hem2 sebelum entry nih panjang2 aku mahu wish seorang budak yang tak berapa nak comot ni,selamat tua ynn!!!jom jenguk blog budak comot ni!hehe

 

image

g wish besday kat ynn tau!kasi die terharu lap2 air mata sikit~~

 

okey,so kembali ke tajuk perbincangan,korang pernah rasa tak satu saat dimana,korang rasa nak menangis bila teringat sesuatu @someone yang korang pernah ada,tapi korang tak treat that someone/something dengan baik and now someone/something tu dah tade?

 

erm,aku rase aku pernah rase saat ini,dan perasaan ini sangat tak best!so entry ni just a simple message untuk semua.

hargai orang atau apa sahaja di sekeliling anda,kerana mereka adalah sesuatu yang terbaik dalam hidup kita.

hargai mereka selagi ada,jangan tangisi pabila tiada.kerana waktu itu,mereka mungkin tidak akan tahu ape yang anda rasa,dan mungkin juga mereka sudah tiada di dunia.

 

“hidup umpama pencarian harta karun,dan segala yang disekeliling anda adalah harta terbaik yang anda ada”

 

-sekian-

 

p/s: terima kasih buat semua yang sentiasa disisi saya tak kira bila masanya.my luvly family,my frens,and allSmilesayang korang!


JOMLIKE!

Jumaat, 7 Januari 2011

wanita perlukan lelaki??

salam semua..selamat pagi jumaat.semoga hari ni kite semua terus diberkati dirahmati dan dilimpahi nikmat tuhan.

okey,tajuk nak kontroversi kan??tade lah kontroversi sangat wahai kawan2.ini fitrah kehidupan ok!!wanita perlukan lelaki??ouh yes..sangat setuju,tapi jap,lelaki di luar sana jengan terlalu bangga diri bile wanita cakap camtu sebab,lelaki juga memerlukan wanita.kan??tak setuju,then maksudnya anda nak cakap anda tak perlukan mak anda??

see..korang nampak kan kesinambungan kat situ,ini bukan masa untuk ego,tapi masa untuk berfikir.eh,kejap,tapi entry ni bukan nak suruh sape2 yang tak bercouple pergi cari couple.no2 tidak sama sekali.cuma bagi yang duk sibuk pikir,aku tade orang nak pon,tade pun orang nak couple ngan aku,aku tak cantik ke??

ok,sila jangan berfikir begitu sebab lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.(quote from iluvislam)

jadi,pada lelaki,jangan sesekali mengatakan anda tak memerlukan wanita kerana tanpa wanitakerana tanpa wanita yang bernama ibu,mama,umi,ma tiadalah anda di dunia ni,dan wanita jangan kata anda tak memerlukan lelaki kerana tanpa lelaki yang bernama ayah,bapa,abi,abah,anda takkan lahir ke dunia ini.

untuk wanita:

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

family

kerana wanita dan lelaki,terbentuknya satu famili..

adios!!


JOMLIKE!

Jumaat, 17 Disember 2010

disebalik nama

salam semua..selamat pagi..selamat hari jumaat yang mulia.semoga hidup kita semua dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t.ok,harini mahu berbicara tentang nama.

ape ade pada nama??hanya sekadar syarat untuk melengkapkan norma hidup manusia??ye lah,kalau tade nama macam mane nak panggil ye tak??nak buat ic tak boleyh,nak buat semua keje pun tak boleyh.sedangkan kucing dan ayam ada nama apetah lagi manusia.

tapi,sepatutnya kita perlu berhati-hati dalam memberi nama,terutamanya buat ibu bapa semua.Penting untuk anda betul-betul memilih nama buat anak-anak anda,seharusnya ibu bapa perlu menyelidik apa maksud di sebalik nama untuk anak-anak mereka,kan sekarang dah banyak buku nama-nama mulia islam tu,so jangan hentam kromo saje ok!!

jom kita tengok antara nama-nama yang cantik untuk anak-anak dan nama-nama yang sangat tidak patut diberikan kepada anak-anak

antara nama-nama yang cantik:

nabil:yang kacak,cerdik,yang mulia

nafiz: yang melaksanakan

nuruddin: cahaya agama

nur liyana : cahaya kelembutan

nazurah : pemimpin agung yang disanjungi

naseerah/nasirah : yang menolong

antara nama-nama yang harus dihindari:

waqihah: yang kurang sopan dan malu

Syarrul Bariyyah : sejahat-jahat manusia

afinah: yang bodoh

zalilah : yang hina

zaniyah: penzina @ pelacur

so,kepada semua,nama itu suatu doa,pilih nama dengan teliti kerana nama itu amat penting buat kita semua.jom cari maksud nama anda di koleksi nama mulia bayi islam.jangan lupa kongsi maksud nama anda di sini.

anak sedaraku yang kushyuk..layankan ajer yer gambar ni~~

bebel untuk berkongsi bukan sekadar untuk diri sendiriSmile


JOMLIKE!

Jumaat, 15 Oktober 2010

susah senang:)

salam semua...
selamat hari jumaat...
semoga ceria hendaknya buat semua:)

syukur masih ada kesempatan bernafas hari ni kan??

erm,mari ke tajuk entry yang tak seberapa ni:)
peringatan buat diri sendiri dan anda yang membaca...

"bukan susah nak susah,bukan senang nak senang"

itu kata-kata yang hamba pegang sekarang,
korang setuju tak??

tak susah pun nak susah kan??
buat salah sikit,and semuanya akan susah..
dan bukan senang nak senang,
nak dapat sumthing,kite kena usaha,bukan senang tu..

oleh itu,
andai anda sedang susah,
ingatlah,ada orang yang lagi susah dari anda.
dan andai anda sudah senang,
jangan mudah alpa dengan ini semua,
kerana bukan semua orang senang macam kamu.

"semua kejadian ade hikmahnya"
-tamat sudah-

p/s: nyaman sungguh angin pagi~~:)

JOMLIKE!

Jumaat, 27 Ogos 2010

mengaji dan anda???

salam semua..
salam nuzul quran:)
eh2..dah masuk 18 ramadhan baru nak ucap kan???
tape lah..
asalkan ade kan??

sebut pasal nuzul quran,
tahu ke ape itu nuzul quran???
ke tahu nuzul quran = cuti umum je???

meh la hamba cite sikit..
eh2..
tak jadi lah nak cite..
kome baca kat sini je ea


okeyh..
heheh...dah pendek sikit entry nih...
bile cite nuzul quran,teringat lah al-quran kan??
bila ingat kat kitab suci ni,teringat la zaman mengaji dulu...


p/s: sila klik gambar untuk kenal dua budak comel ini:)

zaman mengaji yang macam-macam perangai...
kalau hamba dulu,mengaji kat umah tok guru hamba + mengaji kat umah ngan abah..
rotan itu adelah habuan utama ye pada waktu itu...
balik sekolah,mandi2,pakai baju kurung,pakai bedak2 sikit,amik beg mengaji,
pastu jalan kedek2 pegi umah tok guru..
hamba tak merasa pun mengaji kat KAFA..

hehehe..
tapi hamba tahu,
kalau budak2 KAFA ni,
balik KAFA konfirm singgah kedai,
lepas abis mengaji,
pegi beli tora lah dindang lah,nini cokelat celup lah..
hahha..kenangan3..

tak pun balik pergi beli ABC + keropok lekor panas2..
memang terbaik lah..

budak2 sekarang ada lagi tak yang mengaji kat umah orang??
korang2 pun jom lah kongsi2 cite korang time ngaji dulu..
cite nakal ke,cite sedih ke,cite kelakar ke,apa2 lah..
teringin nak tahu ni..

citer tau kengkawan:)
hehhee..
oklah..
tu dulu ea..
ADIOS!!



JOMLIKE!

Jumaat, 16 Julai 2010

hati...

salam semua...
selamat bertemu dengan jumaat yang indah...
semoga terus  berada di bawah lembayung rahmat ALLAH..

hati...
sangatlah ampuh sangatlah suci,
andai tersalah,meranalah diri..

jangan ditanam sifat benci,
kelak binasalah diri..

bukan untuk disakiti,
tapi untuk disayangi..

bukan untuk dikotori,
tapi untuk dijaga rapi...

***********************************************
hati bukan untuk membenci...kan2??
jadi satu pesanan dari ayah mm yang selalu mm guna pakai dalam hidup mm..dan mungkin anda pernah mendengar ini dari Dr. Fadzilah Kamsah..
"maafkan kesalahan orang pada kita sebelum kita mahu lelapkan mata"
-sedangkan nabi ampunkan umat,kenapa tidak kita

andai hati dijaga rapi,insyaallah sempurnalah diri...
sekadar renungan untuk diri sendiri dan dikongsi dengan pembaca blog ini..
"bebel biar berisi"



gambar ehsan dari iluvislam~~

JOMLIKE!

Jumaat, 25 Jun 2010

IMAN itu mutiara....

salam semua..
selamat hari jumaat..
semoga anda semua berada dibawah lindungan rahmat dari ALLAH..

emm..hari ni mm datang lagi..
mahu bebel sedikit..
mm tak cukup pandai nak kupas topik ni..
tapi sebagai perkongsian..
mm amik artikel ni dari majalah remaja edisi mac 2009..

iman...
terbahagi kepada 5 tingkat iaitu:
-iman taqlid
-iman ilmu
-iman ayyan
-iman hak
-iman hakikat

benteng iman ade 5 perkara
->yakin
->ikhlas
->mengerjakan amalan sunat
->istiqamah beramal
->beradab dan berdisplin

perkataan yang boleh mencacatkan iman
=>mengatakan yang ALLAH itu zalim dan tidak adil
=>mencaci,menghina atau merendahkan mana-mana rasul atau nabi
=>menyatakan yang halal itu haram dan haram itu halal
=>menyatakan bahawa ade terdapat hukum islam yang tidak bersesuaian dengan masa kini.


jika tersedar..bertaubatlah dengan
-menyesali perbuatan / perkataannya
-meninggalkan perbuatan tersebut
-bersungguh menanam azam tidak mahu melakukan perbuatan tersebut lagi
-mengucap dua kalimah syahadah
-membetulkan apa yang telah diragukan,dikatakan atau dilakukan...

iluvislam.com

sesungguhnya ISLAM itu indah..
sama-sama la kita perbaiki diri kita..
renung-renungkan dan selamat beramal yer kawan2:)




JOMLIKE!

Jumaat, 18 Jun 2010

mengeluh????

salam semua...
salam hari jumaat yang mulia..
semoga anda semua dilimpahi rahmat ALLAH di hari ini...

mengeluh???
yup,satu ketika dahulu,mm memang sangat cepat mengeluh,
tidak pernah berpuas hati dengan ape yang mm dapat.
tidak pernah mendalami,kenapa semua ini berlaku dan 
ape hikmah disebalik semua kejadian yang jadi pada mm..
mm kerap mengeluh,kerap mencari salah orang lain,kerap mencari alasan...

tapi hari ini...
mm sedar,mm sepatutnya bersyukur dengan segala yang mm ade..
tak semua orang boleh dapat ape yang mm dapat,
dan tak semua yang orang lain dapat,mm boleh dapat kan??

terbaca artikel dari ustaz hasrizal di ILUVISLAM tadi lebih menyedarkan mm..

 

mungkin tak semua yang kita mahu kita akan dapat,
sebabnya,mungkin ape yang kita mahu itu tak diperlukan oleh kita buat masa sekarang,
tapi ALLAH itu maha mengetahui,di saat anda betul2 perlukannya anda,insyaallah anda dapat memenuhinya.

ini mengimbas zaman memori silam mm yang membuat mm selalu mengeluh..
nak tau ape??
mm selalu mengeluh sebab mm cemburu dengan rakan2 seperjuangan di MRSM dulu,ramai yang berhijrah ke luar negara untuk sambung belajar,tapi mm??
mm menempuh dugaan yang kuat di MALAYSIA..
dengan perasaan KECEWA ketika check UPU untuk 1st intake untuk matrik student dan mm kecundang...
masatuh mm rase hati sangat luluh,
mm semakin kuat mengeluh,
tapi ALLAH itu tahu ape yang mm perlu,
mm dapat tawaran ke UKM kl dalam kos sains pemakanan,iaitu my 1st choice..

n now,mm bakal menjejakkan kaki ke tahun 3 di sana.
dan sekarang mm tahu,oversea bukan tempat untuk mm,buat masa sekarang,
kerana ALLAH tahu mm tidak sekuat rakan2 yang lain untuk survive disana,
sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu cerita disebaliknya..

then,nasihat 4 those yang tak dapat ape yang anda idamkan,
ingatlah,KITA HANYA MAMPU MERANCANG,TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN.
semoga anda semua dirahmati,dan TAHNIAH pada calon2 lepasan diploma,stpm dan matriks yang berjaya melanjutkan pelajran ke IPTA.



JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...