Daisypath Friendship tickers

Sabtu, 30 Oktober 2010

tagline untuk darkbatman

salam semua…

selamat malam…eh,dah nak masuk 1 hb la..

maknanyer,2 more papers waiting 4 me..

ok,sebelum

memulakan proses menstudykan diri,

mahu la hamba menjoinkan diri untuk satu contest..

ini namanya short contest oleyh mr darkbatmanSmile

aie

hah,nak tahu lebih lanjut sile tekan nama beliau tuhSmile

tapi tarikh tutp esok je tau..

jadi..untuk mr darkbatman

ini tagline yang mm mahu bagi kat kamu..:)

pilih la mane berkenan..

a) berkongsi bercerita jangan tengok rupa

b) gelap-gelap berisi

c) kalau ada petua,petua dikongsi bersama

ha,dah..taleh banyak2 otak dah kejang sebab exam berganda tadi.

jadi incik darkbatman,semoga ada lah yang terpikat dihatiSmile

sila sokong saya!!

ADIOS!!

p/s: yang still nak join review blog,sile tengok side bar yerSmile


JOMLIKE!

Jumaat, 29 Oktober 2010

sapa mahu???

salam semua….
selamat petang yer semua…
entry ini ditaip dikala kepala sedang berusaha untuk tidak bagi mata tutup..
ha,sapa mahu???

JOMLIKE!

Khamis, 28 Oktober 2010

2nd nuffnang check!!yippie!!!

salam semua…

selamat petang semua!!!!

harini tade paper.

ade cuti 2 hari b4 next paperSmile

so,sudah lihat tajuk???

ngeh2!!!

hamba tak pernah cite pasal hamba cashout ek???

eh penah2..cuma tak tunjuk cek je..

hohoho…tayah la tunjuk~~

tak banyak pun!!!

cek 1st dah selamat sampai rumah last month.

dan yang kedua!!!

dalam perjalanan!!!yahooo!!!!

tadi bukak emel,nampak emel ni..

cek

 

haaaaaaa….

nampak2???

hihi..ini cek yang ke-2 ye kawan2..

tak sabar nak tunggu cek ni sampai..

bulan ni taleh cashout sebab nak tunggu incik BE abis duluSmile

dah2..cukup membebel..

ADIOS!!


JOMLIKE!

ibu…kau ratu hatiku…

salam semua…..selamat pagi..
sebelum memulakan bebelan hari ini..
sila hayati lirik lagu iniSmile
lagu untuk ibu-brothers
Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah
Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini
Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa
Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya
lirik ni,saya tujukan khas buat my mumSmile
ma,kakak sayang ma,
terima kasih melahirkan dan membesarkan kakak..
sehingga ke saat ini..
terima kasih atas segala perit jerih tunjuk ajar nasihat ma untuk kakak..
waktu kakak tulis entry ni,kakak teringat cite masa lalu..
masa tu,kita pergi mersing untuk ambik result PMR kakak.
dan bila ma tengok result kakak,
ma peluk kakak,pastu ma nangis
kakak ingat ma sedih tengok result kakak,tapi rupernyer
“ma bersyukur sangat tengok kakak harini bila ma ingat keadaan kakak masa kakak lahir” semua ni atas dorangan ma,abah dan semua keluarga kita maSmile
terima kasih yang tak terhingga
selamat hari lahir maSmile
kakak doakan ma panjang umur,supaya sempat kakak berbakti untuk ma
hajat hati kakak sangat besar nak hantar ma dan abah ke MEKAH..ma tunggu tau,tunggu kakak berjaya…Smile
SANY3536
inilah ma saya dan abah sayaSmile
kamu semua doakan both of my parents panjang umur dan sihat selalu yer
time kasehSmile
okeyh,saya dah tamat membebel..
Adios!!

JOMLIKE!

Rabu, 27 Oktober 2010

hilang identiti??

salam semua….

selamat malamSmile

weeehooooo…sape yang hilang identiti nih??

I ke???ouh mungkin sebab jawab farmako tadi I hilang identiti kot..

hahaha..seriusly,no3..

bukan cik mashimaro yang comel +cun melecun hilang identiti..

tade sape2 pun hilang identiti sebenarnya.

ini adalah jawapan kepada tag yang telah 3 orang bagi kat i..

haaaaaaa…tapi sori2..lupa lah sapa orang tu,ingat sorang jerSad smile

so,sape2 yang dah tag mm tuh,sila munculkan diri yerSmile

mm nak letak link korang kat sini..

okeyh2,tag ni suruh bagi tau,

25 perkara tentang diri sendiri.

mari explore sapa sayaSmile

amaran: sila jangan gelak sampai terguling-guling sewaktu membaca.

1.nama saya nik normasitah nik ismail

2. saya anak jati pahang,bukan kayu jati tau,tapi anak jati.means memang duk pahang lah dari saat keluar dari perut ibuku.

3. lahir pada 9 disember,tahun teka sendiri.

4.anak bongsu dari 6 adik beradik.oh tett!!!bongsu perempuan jer,tapi no5 dari 6 la..ngeh2..jangan marah ha..

5. seorang yang suka merantau sebab dari form 1 sampai sekarang tak reti2 nak sekolah dekat2 ngan umah.

6. saya suka makan tomyam,and yes,jodoh saya dengan rumah sangat kuat bile tetibe jer homesick nak balik umah,then sampai2 umah ade tomyam!!jadi sila bayangkan reaksi hamba ketika melihat tom yam tu.

7. suka makan makanan yang pedas!!howt gtewSmilehahah.tetibe kan??tapi ini adalah kebenaran yer kawan-kawan.untuk pengetahuan korang,mm boleh makan cili begitu sahaja,tapi kena time makan ngan nasi la,tade la sampai jadi favourite snek kan.

8. saya suka makan ape2 yang masam,eh jap,tapi bukan milo masam yer kawan2..mm suka makan buah mangga yang muda tu @ orang kelantan cakap,buah pauh putik tu,dengan garam,hoh,marvellous,,OMG,air liur dah mengalir~~

9. secara jujurnya,ramai yang pernah salah sangka dengan hamba dulu.ade ke patut,disaat terdengar nama hamba yang “nik” tu,diorang boleh ingat hamba lelaki..ish2.tu kalau tak jumpa depan mata la..heheh..

10. ha,lagi satu tafsiran yang orang selalu bagi kat hamba bile dengar nama hamba.”eh,asal kelantan ye??”,ouh2..tidak2..saya anak jati pahang la awak,tapi parents saya orang kelantan~tettt!!!kan ade darah tok guru jugak tu.hah.ade rahsia nih,abah I kata kitorg keturunan raja jembal,so kalau nak tau raja jembal tu ape,sila lah tanya incik googleSmile

11. saya sangat tak suka kucing..ouh tolong saya fobia la ngan kucing..Sad smilesaya takut kena cakar..hahaha..

12. saya sangat suka budak kecik,dan mereka juga mesti suke saya kalau jumpa saya.ha,sape tak percaya,meh bagi I pegang anak u olz.hehe,mesti budak tu tak nangis.

13. ha,ini kelakar,saya tak pernah pergi kuala lumpur sebelum saya belajar kat kuala lumpur ni sekarang tau.sian kan??ha,bak kata ma,”nak sangat pergi kolumpo kan??sekarang dah jadi taman permainan je klcc tu”

14. ouh,saya ni seorang yang senang mabuk kalau naik kenderaan,kadang2 naik bas rapid kl nak g klcc yang sebelah ni je pun boleyh nak muntah tau..hehetapi ini dah kurang sikit banding dengan masa sekolah duluSmile

15. ouh,saya ada ramai kawan baik..ish2,senang cite semua kawan saya adalah kawan baek saya boley??kan mereka sume baik!!

16. saya lupa nak cakap,saya dah in a relationship yer kawan2.hahah.gaya macam nak umum ko dah kawen je kan..ha,tak kisah nak cakap jugak,hati saya telah dicuri oleh seorang yang bernama,hazarunizamSmile

17. dalam dunia belog nih baru 1tahun nak masuk 1tahun sebulan jer,masih baru lagi yer kawan2.

18.saya tak tetap pendirian.

19.seorang yang sangat senang teras@ sensitip terlebih2.

20.bukan kawan yang baik,tapi jap,cuba tanya roy,saya baik tak pakcik??

21.sangat bising!!keje tak reti duk diam,nak cakap jer,kalau diam tu mungkin dah syahid di katil nan indah.

22. berat badan saya adalah 34.6 kg,ini yang timbang 2 minggu lepas kot.hahaha..sapa nak bagi lemak sngat dialu2kanSmile

23. kalau nak tahu,muka + saiz hamba tidak berubah semenjak dari sekolah rendah,as bile cikgu sekolah rendah saya jumpa saya"eh,tak besar2 lah awak ni nik”,ha.memang terbaek lah kan,cikgu kenal I beb!!bangga!!

24. pernah jadi tokoh pelajar time sekolah rendah dulu,tapi bila pikir sekarang,cam tak layak jer.hahaha..entah hape la tokoh hamba ni kan??

25.saya benci kertas farmako tadi!sekian!

hah!!dah la..penat la jawab tag nih,

lain kali suruh gtau 100 perkara pulak eh..

dah2..mahu merambus dari sini..

eh,jap2..nak enterprame muka I jap..

1

ADIOS!!

p/s:tanak tag sape2 sebab penat dah!tapi kalau sape yang rase berminat nak buat,sile lah yerSmile

 


JOMLIKE!

Selasa, 26 Oktober 2010

sila wish saya….

salam semua….

esok = 27 oktober 2010

= bermula lah perjuangan di medan perang=medan examSmile

jadi sila lah wish gud luck

dan semoga berjaya untuk saya..

semangat dari anda amat diperlukan,

untuk menjadi peluru dibawa untuk examSmile

ha.sape tak wish !!

ketuk kepala!!hahahaSmile

Adios!!

p/s: entry ini ditaip di windows live writer ok!!!time kaseh sis dahlia!!


JOMLIKE!

Ahad, 24 Oktober 2010

dari blogger untuk blogger

salam semua..
selamat petang...
okeyh entry ini bakal pendek
macam entry tadi..

sape rase dia adalah blogger,
sapa rase dia ada facebook
dan sapa rase die pengguna twitter..

mari2..
kite berjumpa,
tapi ops!!b4 jumpa marilah kita 
mencari sponsor:)

jadi jangan malu jangan segan.
moh tolong klik link ni,
kalau dapat,besar lah gathering kita tuh nanti.
ini idea incik joegrimjow yang femes itu:)


yang nak undi,
klik link kat bawah ni yer


v
v
v

jangan lupa undi tau!!!
tarikh tutup adalah 
26 oktober 2010,
dan ranking disaat ini,adalah 19



ok!!!
adios!!!
mari mengundi:)

JOMLIKE!

Mula

salam....
selamat pagi semua:)
selamat berhujung minggu+selamat bercuti2:)
4 me,no cuti2..exam mode is totally have to ON!!


jadi harus bermula!!

ADIOS!!
http://www.emocutez.com






JOMLIKE!

Sabtu, 23 Oktober 2010

[TIPS] menjadi pelajar cemerlang

salam!!
selamat petang...selamat hujung minggu:)

awas!!!
ini adalah belog orang suka membebel..
kalau tidak tegar di bebel,sile tekan butang pangkah!!!


hiiiiii...
amaran diatas tetibe jer tertype..
hohoho..emo ke hape??tatau2..


ok..tayah nak panjang2 cerite..
entry ni dibuat sebab tuan empunyer belog nih 
dalam mode nak exam,
tapi macam hilang arah tuju..


jadi,mari kita lihat beberapa tips 
untuk jadi pelajar cemerlang!!
ini hanya tips!!
semua terpulang kepada diri anda!!!




 1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

 2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

 3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

 6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

 7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

 8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

 9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

 10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

 11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

 14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

 15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

 16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

 17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

 19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

 20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)






okeyh begitulah tipsnya..
jangan tanya berkesan ke tak,
sebab hamba pon tak pernah cuba,
tapi mahu cuba,
so,kepada pelajar2 + ibu bapa pelajar + guru2,
maybe tips ni berguna untuk anda,
dan orang2 yang anda sayang??
"sharing is loving" rite??


so,that's all
ADIOS!!!
cute-panda-emoticon-003 Pictures, Images and Photos


p/s: ouh2..tetibe terdengar balik lagu group algebra dan terjatuh chenta balik dengan solo nyer:)
p/s: yes!!!sikit je lagi!!!:)

JOMLIKE!

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kalau

salam semua..
selamat petang jumaat...
ouh tuhan,hujan pulak..
dugaan sungguh time 2nak exam ni kan??
wuuu..mata dah layu,
fikiran duk ulang soalan.
" nak tido ke,nak study ke??"
"sayang buku ke,sayang katil ke??"

ouh2,jawapan die saya sayang belog..
ha,padan muka!!!
gaya tak reti nak bersyukur ALLAH turunkan hujan..
alhamdulillah sikit,kalau tak hujan ngadu panas plak!!

okeyh,
semalam kan b4 tertido kan..
tetibe jer terpikir macam ni...

kan best kalau,
aku kecik lagi,
tayah pikir banyak2 masalah,
tapi tak best jugak,
sebab takde lah aku berdikari macam ni..

kan best kalau,
aku boleyh jadi budak sekolah balik,
boleh amik spm balik,
tapi nak result lagi baguslah,
kalau tak bagus tak best jugak.

kan best kalau aku tak masuk u nih,
tade la aku pening dengan sistem2 yang segala bagai,
tapi kalau tak masuk u ni dulu,
ntah mana aku tercampak sekarang.

kan best kalau dulu2 aku rajin,
mesti aku boleh pergi study overseas kan???
tapi betul ke aku boleyh rajin??
kalau aku still malas,
still duk dalam malaysia gak..

ouh2..
sungguh tak bersyukur kan manusia ini...
wuuu....
sesungguhnya ape yang kita semua dpat hari ni..
adalah rezeki bahagian kita,
mungkin hari ni kita melihat kejayaan orang lain,
tapi esok lusa kebahagiaan + kejayaan pasti jadi milik kita

ouh motivasi didi sila kembali..
kembali lah kamu ke sisi diri ini..
nota2 farmakologi sedang menanti,
untuk ditatap setiap hari..

oklah..
sudah melalut agak panjang kan??
time to off!!
ADIOS!!

p/s: 1st paper 27th october-belajar dadah2 yang banyak giler:)dalam hati duk fikir,sebenarnyer penagih dadah ni pandai-pandai tau:)wish me luck!!!

JOMLIKE!

[contest]review blog faiz

salam semua,selamat pagi,semoga semuanya sihat hendaknya:)

huhuhu..dah banyak kali ditaip dan dibackspace,
akhirnye siap entry ini:)

Kontest ni disponsor oleh saudara Faiz dengan menggunakan khidmat domain daripada iHosterz dan diperhebatkan lagi oleh Cikgu DaHLia.

ha,terbaek kan tagline tuh,
jadi buat kali ke ntah berapa,
mm mahu cuba nasib 
nak dapatkan domain punye cite:)

jadi ayuh!! kembali ke sekolah kite review blog faiz ni:)

1st: mari tengok ape yang ada dekat blog nihh


haaaa..ni lah menu tab yang ade dekat blog nih:)

yang mana menarik perhatian???

SERVICE DESIGN HEADER??


2.explore sikit hasil servicenyer

Header Rhapsody lin Service Design Header

Mui2 header finish Service Design Header

ha..ini pulak antara  design yang beliau pernah buat,
sape kate tak cantik,sila check mata anda sekarang.
nak tahu macam mana mahu order???
nah,emel faiz dengan format emel ini???

eh2,maner emelnye...
ngeh2..
nak emel faiz,
sila czri kat page die,



3.dah,last sekali mari tengok page loading belog..

                                        
ha,kire orait la tu 12.9 second,
ni mungkin sebab mm check guna broadband kot,
tapi sedikit pesanan untuk faiz,
ni orang cakap la,best time untuk loading blog 8sec dan ke bawah,
so,maybe faiz boleh check semula yer:)

hah,overall,blog faiz dah cukup mantop dah!!
selamat menservie design header faiz!!
okeyh..
dah cukup panjang dah entry ni..
doakan hamba!
adios!


p/s:esok my last class for this sem:)

JOMLIKE!

Rabu, 20 Oktober 2010

Blackberry Torch 9800 untuk dimenangi!!!!

salam semua!!!!selamat petang semua...ini adalah entry kedua harini@kali pertama menjoinkan diri dalam kontest anjuran NUFFNANG!!

smart phone blackberry torch 9800 untuk dimenangi!!
khas dari CELCOM!!sape mahu???tak tertarik???baiklah!!!mari tengok spesifikasi smart phone ini!!berani potong jari lah kata,pasti tertarik!!!

 ini adalah smart phone pertama yang didatangkan dengan spesifikasi,keyboard blackberry & 3.2 inci touch screen..wuu..memang menarik dan tertarik ok!!!





ha,tak cukup dengan touch screen tuh,blackberry ni didatangkan juga dengan
8Gb memory ok!!terbaek!!kalau anda pendengar muzik tegar,walau dimana berada memang lah seronok.selain memori yang besar gedabak nih,anda boleh kasi zoom itu tracklist tau..senang keje:)

hah.yang nih plak kegemaran camwhore-camwhore sekalian,jangan risau,Blackberry Torch 9800 ni memang sesuai untuk anda.tak perlu risau lagi,lepas ni,anda akan dapat gambar super power cantiknya,sebab Blackberry Torch 9800 ini ada 5 mp kamera!!sile bersorak gembire sekarang.



 ouh2..risau tak boleh berfacebook dan bertwitter dimana2..
tak perlu risau lagi yer adik kakak abang pakcik,
Blackberry Torch 9800 ini boleh memudahkan anda..
senang-senang jer boleh update semua sekali dalam satu masa.
kan senang???



sangat senang untuk browse internet ok!!
jadi boleh lah check email,untuk anda-anda yang bz tu kan??
tak perlu nak tunggu hadap laptop baru boleh tengok email.
ouh2.lagi satu,boleh bukak banyak tab satu masa woo.....dah macam bukak gooogle chrome 
dekat laptop jer..senang nak blogwalk lah macam ni:)







eh,jap,tak habis lagi ni,untuk 100 yang pertama pre-register dan beli ini blackberry torch 9800 yang dilengkapi celcom exec postpaid plan,pada majlis pelancarannya iaitu 29 oktober ini,anda bakal bawa ini pulang bersama-sama anda:)

 
jabra bluetooth yang bernilai RM125,8GB Micro SD kad yang bernilai RM68,&Energizer Portable yang berharga RM58.Celcom memang berbaloi-baloi!!

ops,before habis,mari kita tengok sendiri betapa berbaloi-baloi nya CELCOM EXEC 50 PLAN.

                                          

hah,berbaloi kan???akhir kata,terima gambar pakwe hensem ni yang turut guna Blackberry Torch 9800 ini!!

                                         
untuk keterangan lanjut,boleh pergi ke nuffnang , celcom blackberry torch 9800 dan celcom exec50 plan

p/s: ini kontest pertama anjuran nuffnang yang hamba masuk,sile doakan saya!!haha:)





JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...