Daisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label bulan islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan islam. Papar semua catatan

Ahad, 5 September 2010

di penghujung ramadhan...

salam semua...
selamat 26 ramadhan...
yer,dah smpai penghujung dah ramadhan kali ni..
sekejap sungguh mase berlalu,
harapanku,semoga diriku masih diberi kesempatan untuk berjumpa ramadhan tahun hadapan:)

bila hujung ramadhan ,
semua insan sibuk mencari 
1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan..


seperti firman ALLAH S.WT
"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" 
(Surah al-Qadr, ayat 3).


  "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" 
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

tapi,dalam sibuk mencari manisnya ramadhan,
indahnya malam lailatul qadar,
jangan ini hanya untuk ramadhan,
jangan berhenti setakat ini..
sesungguhnya beribadat la kamu ibarat kamu akan mati esok hari

dan bila dah akhir ramadhan,
syawal menjengah tiba,
dikesempatan ini,
hamba nak bagi kad raya kepada anda semua.
jemput amik ye semua.:)
selamat hari raya aidilfitri,
pada yang memandu,hati-hati di jalan raya:)




JOMLIKE!

Jumaat, 27 Ogos 2010

mengaji dan anda???

salam semua..
salam nuzul quran:)
eh2..dah masuk 18 ramadhan baru nak ucap kan???
tape lah..
asalkan ade kan??

sebut pasal nuzul quran,
tahu ke ape itu nuzul quran???
ke tahu nuzul quran = cuti umum je???

meh la hamba cite sikit..
eh2..
tak jadi lah nak cite..
kome baca kat sini je ea


okeyh..
heheh...dah pendek sikit entry nih...
bile cite nuzul quran,teringat lah al-quran kan??
bila ingat kat kitab suci ni,teringat la zaman mengaji dulu...


p/s: sila klik gambar untuk kenal dua budak comel ini:)

zaman mengaji yang macam-macam perangai...
kalau hamba dulu,mengaji kat umah tok guru hamba + mengaji kat umah ngan abah..
rotan itu adelah habuan utama ye pada waktu itu...
balik sekolah,mandi2,pakai baju kurung,pakai bedak2 sikit,amik beg mengaji,
pastu jalan kedek2 pegi umah tok guru..
hamba tak merasa pun mengaji kat KAFA..

hehehe..
tapi hamba tahu,
kalau budak2 KAFA ni,
balik KAFA konfirm singgah kedai,
lepas abis mengaji,
pegi beli tora lah dindang lah,nini cokelat celup lah..
hahha..kenangan3..

tak pun balik pergi beli ABC + keropok lekor panas2..
memang terbaik lah..

budak2 sekarang ada lagi tak yang mengaji kat umah orang??
korang2 pun jom lah kongsi2 cite korang time ngaji dulu..
cite nakal ke,cite sedih ke,cite kelakar ke,apa2 lah..
teringin nak tahu ni..

citer tau kengkawan:)
hehhee..
oklah..
tu dulu ea..
ADIOS!!



JOMLIKE!

Isnin, 9 Ogos 2010

salam ramadhan:)

salam semua....
lama sungguh tak hupdate..
dlam sejarah nih tak hupdate dekat seminggu..
maaf bagi yang menunggu..
masalah lappy membelenggu hambe untuk hupdate...
anyway..
thanx a lot sebab still dtg walaupun hamba tak berblogwalking..


harini dah 09 ogos 2010,
lagi 2 hari untuk menuju 11 ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan..
so,it's time utk kita semua umat ISLAM seluruh dunia berpuasa..
inilah masa untuk menambah amalan dan pahala..
tapi jangan bulan ramadhan je rajen beribadah,
tapi bulan lain tidak..
jangan3x ok!!!





just a simple short update untuk anda semua.
selamat berpuasa semua:)

JOMLIKE!

Isnin, 14 Jun 2010

rejab datang lagi~~~

salam semua...
selamat hari isnin..
semoga minggu baru ni dimulakan dengan ceria okeyh???

"muharram safar rabiulawal rabiulakhir jamadilawal jamadilakhir REJAB syaaban ramadhan syawal zulkaedah zulhijjah."(okey..sila nyanyi yer)

nampak tak ape yang dihighlight???
yup..it's rejab..
bulan ke 7 dalam bulan ISLAM..
sekejap je kan masa berlalu..
sedar tak sedar,dah nak masuk ramadhan tak lama lagi~~
yang ade hutang puasa,dah bayar belum??
kalau belum,cepat2la langsaikan yer..

okeyh..
hari ni..mm nak share ape yang mm dapat kat ILUVISLAM
tentang bulan rejab..
definisi rejab adalah kemuliaan atau kebesaran,
dan masyarakat jahiliah pada zaman rasulullah telah mengharamkan sebarang peperangan dalam bulan ini kerana mereka menghormati bulan ini.

antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan rejab adalah:
1.berlakunya penghijrahan pertama iaitu penghijrahan ke HABSYAH(Ethiopia)
-hijrah ini terjadi bertujuan untuk menyelamatkan iman dan keselamtan diri disamping mencari tapak baru untuk meluaskan lagi AGAMA ISLAM.

2.berlakunya ISRA' DAN MIKRAJ.
-iaitu peristiwa dimana RASULULLAH s.a.w diangkat kelangit oleh ALLAH s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu yang kita kerjakan sekarang.

3.berlakunya PERANG TABUK
-Tabuk merupakan nama tempat dimana tercetusnya peperangan ini.tetapi tentera ROM telah pun menarik diri sebelum perang tercetus kerana, gerun dengan kekuatan askar ISLAM yang terdiri daripada 30,000 orang.

4.pembebasan BAITUL MAQDIS
-selepas penaklukan 60 tahun oleh pihak KRISTIAN,Salehudin al ayubi berjaya melepaskan baitul maqdis dari taklukan mereka.

5.lahirnya IMAM SYAFIE RH.

dan dari segi amalan...
yang mm tahu..
puasa pada 1 rejab amat besar ganjarannya...

okeyh..
itu jer yang mm nak kongsi..
mm harap sangat..REJAB ini lebih baik dari Rejab yang lepas bagi diri mm..


selamat menyambut 1 rejab buat semua...

JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...