Daisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Isnin, 24 Januari 2011

siput sedut dan redmummy?

assalamualaikum  semua..selamat sejahtera buat semua..ketika entry ini ditaip.otak dan hati tuan belog entah kemana.so sila abaikan kalau ade typing error ok?
siput sedut??ape yang korang tahu pasal siput sedut??haha.korang kompom tahu kan siput sedut ni makanan kan??mungkin nama die sama spesies macam siput babi,tapi siput sedut ni siput yang boleh dimakan.boleh disedut2 isinya bunyi srutttttt…keh2 bab bunyi tipu!effect je lebih~~hah,jom kasi korang terliur jap tengok gambar yang digoogle!!
TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

kah2.dah ade yang mengidam??mahu resepi?pegi tengok kat belog tuan punyer gambar iaitu sendukjebat.
eh.kejap..tetibe terperasan plak title entry ni ade nama redmummy kenapa ek??hohoho..orang kata siput sedut best kan???jadi pesanan buat semua,jangan sesedap siput sedut jer korang nak tulis ape-ape pasal redmummy hanya kerana korang dengar kat hotfm tadi ngan berita minggu semalam,sila study dulu yer sebelum menulis.eh jap!!ni bukan nak backup redmummy tau,ni just pesanan buat semua lah.sape2 yang suka tulis pasal blogger lain pun,jangan tulis ikut sedap siput sedut pelis..study dulu okeyh b4 tulis~~mind ur own words!
dah2..sebelum mashimaro yang tak berapa nak comel ni membebel lebih2.mari letak fullstop.okeyh bai!

JOMLIKE!

Rabu, 2 Jun 2010

cantik dan sihat

salam semua.....
huhu..dah lama tak kasi tips sharing is caring kt sini kn...

so,today mahu bagi tips lagi..
bukan pasal blog sebab mm baru lagi,tak layak pun..
yang layak hnya mereka yang dah berjaya..

so..
sila jangan mengarut panjang2 yer cik hatisamronkin..hehehe...

tips hari ni..
makanan:cantik dan sihat...
biasa la..kalau dah umah mm memang isu makan la jadi tajuknya..
yelah..amik sains pemakanan kan..

so..mari kita mula..

ape yang boleh kita makan untuk jadi cantik dan sihat???

1.
bukan tomato man tau..
dan tips untuk tomato
-makan sekurang-kurangnya sebiji tomato 3-5 kali seminggu
-pilih yang segar dan kalau boleh yang organik gitu.

2.
bukan kiwi kasut tau..
dan tips untuk kiwi pula:
- cuba ambil dalam bentuk jus dan kalau ingin tambah susu,pilih susu rendah lemak
- jangan ambil berlebihan sebab kiwi juga ada lemak.

3.
brokoli yang sangat sedap lagi2 kalau fresh dari ladang..
tips untuk ini:
-jangan masak terlalu lama sebab nanti vitamin2nya akan terserap ke dalam air.

4. 
yogurt...tak kisah yang ade perisa atau yang asli.
tipsnya:
- makan 3-5 kali dalam seminggu
-pilih yogurt yang rendah lemak

5.
strawberi..
ha..yang ni mm tau..mesti ramai suka kan??
tips untuk strawberi..
-makan segenggam strawberi 3-4 kali seminggu
-boleh dibuat jus atau campur dalam salad.

okeyh..dah tamat dah tips...
jom2..listkan makanan2 ni dalam makanan bulanan untuk di shopping...

"makan untuk sihat"

notes:mm dapat buffered lagi..thanx nuffnang n kawan2 blogger...sayang anda semua..



JOMLIKE!

Sabtu, 8 Mei 2010

mari memasak~~

salam semua..dah lama tak menaip..haish..
maaf yer kawan2..kebelkangan ni..
mm bz menyibukkan diri kat umah..berukband pulak cam baik sgt ngan mm..
jadi nak post entry agak susah~~tapi mm cuba gak la nak blogwalk sedaya mampu..

okeyh..jadi..esok hari ahad..9 mei 2010..sama dengan hari IBU!!
ye..semua orang ade care celebrate sendiri kan??heheh...
ade yang bagi kad,ada yang peluk cium ur mum,ade yang bagi hadiah..
belanja makan..dan macam2..meh share meh..anda semua wat pe..
nih mm nak bagi satu idea..ape kata..anda masak untuk ibu anda..hehehe...
kat sini..mm nak bagi resepi..ni nama nyer.tom yam resepi mak mm..sedap..
tayah guna perncah tau..
nih yang mm baru jer mask tengahari tadi..
resepi untuk 2 orang...
bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 biji cili kecil(klau rasa nak pedas..tambh la lagi)

bahan lain:

2 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 biji limau nipis(diperah airnya)
2 batang serai..diketuk
ayam..ikut suka lah nak bnyak mana..
garam dan perasa secukup rase
1 bawang besar
1 tomato (dipotong dua)

cara2...

1. panaskan minyak di dalam periuk..dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi.(minyak jangan banyak ok)
2. bila bahan kisar tadi dah agak2 masak, sila masukkan 2 gelas air..ini agak2 la eh..
3. masukkan serai yang telah ditumbuk ,daun limau purut dan juga asam keping kedalam kuah tadi.
kemudian,tambahkan garam dan perasa secukup rase.
4.masukkan ayam ke dalam periuk.
5. kemudian,masukkan jus asam limau tadi.yang ini,terpulang la pada anda,kalau nak lebih masam,tambah la lagi..
6. biarkan sehingga ayam masak,dan akhir sekali,masukkan tomato dan juga hirisan bawang besar tadi.jangan biar terlalu lama,kerana tomato mudah lembik..
7. sila hidangkan bersama nasi yang sedang panas..memang bertmbah 2 kali la..
selamat mencuba!!!


ops!!terlebeyh suda..hahhaa..jangan marah ha..
yang mengetag mm..
nnati mm post ye syg..
dalam proses mendraft..
ecececceche..




JOMLIKE!

Khamis, 22 April 2010

say NO!!!!!

salam semua...
selamat petang..haha..(kan gud nite itu utk orng nak tido)

okeyh..
malam nih nak bagi info lagi buleyh???
nak info tak???

tengah2 baca notes teringat plak kat blogger2 tersyang..
*hahhaa..terharu tak nih*

okey..
b4 nih da cakap pasal makan yang sihat kan??
tahukah anda,kanser boleh dicegah melalui pemkanan yang sihat??
cececeh..dah jadi cam cikgu dah...

ade gaya tak cikgu dahlia??hehe...


hari nih..
nak share some info pasal ANTIOKSIDAN..
mesti pernah dengar kan??
okeyh..antioksidan ni adlh..bahan yang boleh menghalang berlakunya kanser..

now,nak cite,ape yang kamu2 semua boleh makan..
as one way to cegah kanser~~~

okeyh..
makanan2 tu adalah..
makanan yang ber vitamin A,C dan E,Selenium ..

1.
vitamin A boleh didapati daripada sumber2 seperti,
hati,telur,minyak ikan kod,dan sayuran dan buah2 yang warna kuning dan oren..
lebih digalakkan makan dari buah2 dan syur..sebab,kalau makan bnyak sgt hati tu,nnti boleh jadi toksik pule..
vitamin A ni jugak,baik utk mata tau kawan2...

2.
vitamin C-boleh dapat dari buah2an & sayur ye kawan2..
boleh elak kanser esofagus,perut n banyak lagi..
untuk sayur2.jangan masak lama2 k..nnti vitaminnyer hilang..

3.
vitamin E-kita boleh dapat dari minyak sayuran..itu untuk yang terbaik lah..
tapi minyak mask yang kita guna iaitu minyak kelapa sawit tu pun sumbang vit.E jugak..
dicadangkan guna minyak zaitun yer kawan2..

4.
selenium-ok..untuk selenium plak..sumber boleh didapati daripada..
makanan laut,hati dan juga bijian...

okeyh..tu infonyer..
jadi..
marilah kita..sama2..
prihatin terhadap pemakanan kita ok..
cegah kanser dari hidup kita..
say NO to kanser..


JOMLIKE!

Selasa, 20 April 2010

tips makan gaya sihat..

salam semua..
b4 menjengah hari baru..sempat mm taip bnda nih..
tp bila post nnti mesti dah masuk hari baru.heheh...


hari nih nak share pasal piramid makanan...
kenapa kita kena makan based on piramid makanan??



okeyh2..
b4 melalut panjang2..
kat ats nih adalah piramid mkanan yang diguna pakai kat MALAYSIA ni..
baru je dilancarkan tahun ni..pada bulan mac.

piramid ni..
menunjukkan start dari dasar,ke atas adlah turutan mengikut kepentingan
untuk kita semua..
itu adalah basic untuk semua orang..
tapi tak semua individu amik dalam amount ini..
sebab??sebab ade certain2 penyakit yang memerlukan seseorang amik lebih @ kurang dari amount nih..

so,kat sini, mm tanak ulas semua
juz nak share on salah satu problem yg berlaku kat malaysia.
masalah ade antara kita yang tak minum susu kan??
so, here, mm nak cadangkan anda2 semua minum soya k..
gantikn serving untuk susu tu kepada soya..
soya hanya pilihan terakhir k..
b4 that..mm cdangkan try to minum susu gak..
even berperisa..mcam yang mm buat..

okeylah..
lagi satu yang penting..
untuk dapat hidup sihat..
ade 2 perkara..
1. pemakanan
2. gaya hidup yang sihat..

pemakanan + gaya hidup yang sihat = insyaallah jauh dari penyakit.

lastly...marilah dapatkan hidup yang sihat melalui amalan gaya hidup sihat..
*ape aku mengarut nih*
sori3..
lastly..nite2~~

JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...