Daisypath Friendship tickers
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 10 Oktober 2010

Sedar Tak??

salam semua..
selamat 101010..
huhuhu..
semua orang pun duk heboh tarikh yang satu nih...

korang sedar tak,
ade lagi satu nombor yang lagi cantik dalam bulan ni??

20102010,
lagi cantik kan???
hahaha,tapi yang membuat tarikh ni kurang cantik adalah,
jatuh pada hari rabu=hari keje,
so kalau nak kawen tarikh ni macam tak boleyh kan??
dat's why duk hangat tarikh 101010 jer,sebab hari ahad..

okeyh,
mari kita lihat ape jadi harini...
101010


ingat tak??
BE ini penah menghiasi belog2 anda??
ha,harini lah harinyer,
tapi time entry nih di taip,
event ni dah habis pon!!!

2nd event yang hot lagi meletups!!

pic kredit to saiful nang facebook

PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA:)
hah,yang ni,kalau nak tengok live,sila lah bukak tv3,
jam 2.00 petang,NONA..
selamat menonton yer:)
TAHNIAH buat Dato' Angkasawan Negara:)
Semoga perhubungan yang sah ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka:)

dan peringatan untuk diri sendiri!!
a.k.a
motif tajuk entry..
eh makcik,ko SEDAR TAK???exam is just around the corner???

ok,ADIOS!!


JOMLIKE!

Rabu, 15 September 2010

hepi besday kekaseh hati!!!!

selamat pagi!!!!!
selamat hari raya!!
eh,ade orang smbut raya lagi ke??
ke dah pose 6??
hamba belum pose 6 lagi lah:(
tape,nnti dah balik kolej kite pose ok!!!

now,
hamba buat entry yang ke 230 ini untuk ucapkan!!
SELAMAT HARI LAHIR KEKASIH HATIKU!!!
eh2...jap2..
kekasih hati semua orang la..
tau siapa???

SELAMAT HARI LAHIR MALAYSIA!!!!
hehehe..yes!!
korang kena tipu!!
boooooo...
kekaseh hati yang hamba maksudkan adalah 
malaysia terchenta..
esok = 16 september merupakan hari lahir malaysia!!!
yay!!!!
malaysia dah 47 tahun la:)


ucapan hamba untuk malaysia terchenta:)
SEMOGA MALAYSIA TERUS MAJU..
dan sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni..:)

p/s:minta sama-sama sedekahkan alfatihah buat atuk kesayangan kawan hamba,anwarfaiz yang baru saja kembali kerahmatullah..takziah untuk kamu axe...

JOMLIKE!

Ahad, 16 Mei 2010

guru kerana kau aku disini~~~

salam semua....
semalam 2 post..takkan hari ni tade post kan..
mestilah ada..
kan dah janji paling kurang satu entry sehari..
kata nak jadi blogger hebat...
hahha..okeyh2..berangan sudeyh...

16 MEI
tarikh yang semua orang takkan lupa..
bukan sebab bezday siti nurhaliza..bukan sebab bezday shah rukh khan..
tapi hari yang dilabelkan sebagai HARI GURU...
hari untuk menghargai..seluruh insan yang berhati luhur dan murni di dunia ini...

kalau tiada insan2 yang berhati luhur ini..
tiadalah pemimpin2 yang ada di muka bumi sekarang...
kerana adanya insan2 yang berhati murni inilah..
anda semua berada di tampuk sekarang..

mereka merupakan insan2 penting yang berada di belakang setiap kejayaan yang anda capai..
anda sedar tak itu???
ya..mereka antara orang yang terlibat dalam pembikinan seorang manusia bernama anda...
selain dari pengarah utamanya kedua ibu bapa anda..

jadi..
dikesempatan ini..
ingin saya...
nik normasitah binti nik ismail..
selaku pelajar di sekolah kebangsaan semambu,sekolah menengah sultan abu bakar,kuantan(walaupun sebulan je), mrsm mersing,mrsm pengkalan chepa, kolej matrikulasi perak,dan kini di UKM..
ingin mengucapkan 


ini tanda kasih sayang saya buat semua guru....

SELAMAT HARI GURU !!!
buat semua GURU di MALAYSIA!!!

dan ini lagu yang saya ingin tujukan buat semua cikgu..
luahan hati seorang ana murid..

Terima Kasih Guru

Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..



JOMLIKE!

Jumaat, 14 Mei 2010

lunaskah dendam~~???

selamat hari jumaat buat semua..
assalamualaikum dan salam satu malaysia..
ecece..sori2..tetibe rase nak bersyarah plak kat sini..

ok2...ni bukan dendam mashimaro..
ni bukan dendam kamu2 semua kat mashimaro atau sape2..
ini adalah dendam pasukan badminton MALAYSIA terhadap pasukan CHINA..
yup..hari ni..kita bakal saksikan dua musuh dalam arena badminton dunia
iaitu MALAYSIA yang mm sayangi dan juga CHINA negara panda comel..

sesungguhnya MALAYSIA memang berdendam dengan pasukan China pada PIALA THOMAS yang lepas..
okeyh..bukan dendam yang jahat tau..
tapi dendam yang menyebabkan mereka semngat untuk meneruskan perjuangan..
itu memang perlu..

so,hari ni..mari kita sama-sama saksikan pertarungan hebat antara 2 pihak ini..
sama-sama kita nantikan tertunaikah dendam MALAYSIA kepada CHINA???
semoga berjaya buat pemain2 badminton negara..
kami percaya ANDA BOLEH LAKUKANNYA
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

JOMLIKE!

Khamis, 13 Mei 2010

doakan mereka..

salam semua...
selamat petang...
tengah semua rakyat malaysia dilanda semangat kesukanan yang tinggi
dalam minggu ni..
akibat dari bahana PIALA THOMAS DAN UBER 2010..

ada antara insan2 yang berniat mulia..
ingin menjalankan..
"EKPEDISI 1MALAYSIA KEMBARA KE BUMI SUCI"
....
kenapa mulia??
sebab..nama pun ekspedisi kan???
mestilah naik motor atau kereta dan bukannya belon kapal terbang okeyh..


AZMAN (kanan) bersama Jihad membuat pemeriksaan ke atas motosikal berkuasa tinggi sebelum memulakan ekspedisi.



tak ke mulia niat tuh..
kembara ke bumi suci MEKAH dengan hanya menaiki motor berkuasa tinggi..
dan kereta pacuan empat roda..(ade ke kereta 3 roda??)
mereka akan mengelilingi 11 buah negara iaitu..

Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan, Arab Saudi 

ekspedisi ini dijangka berakhir pada 5 julai 2010 di MEKAH bandar suci..

jadi..kita selaku rakyat malaysia..marilah kita sama-sama mendoakan semoga mereka berjaya dalam menggapai niat murni mereka..
nama malaysia juga turut dibawa..
salam 1 malaysia..


sumber dari: kosmo online


JOMLIKE!

Rabu, 12 Mei 2010

MuSuH NeGaRa

salam semua..
selamat petang...
fuhh~~~penat2..
penat tengok malaysia lawan indonesia tadi~~
sampai seram sejuk mulut..tangan..
tapi tape..
mesti korang lagi seram sejuk kan tengok tajuk entry kali nih...kan???


sabar2...anda rasa anda berani tempuhi MUSUH NEGARA???
mari masuk ke alam pertempuran bersama mm~~
tapi peringatan untuk pesakit DIABETES,SILA KUAT!!ANDA AKAN DISERANG!!!

okeyh2..
cukup2lah buat suspended  kan..
sekarang kita kenali musuh negara kita ini..
musuh ini tidak hot seperti hot fm..dan tidak cool seperti xfresh fm..
tapi pendiam cam mm pencuri..


jom lihat profil musuh:
nama: gula bin pasir
nama glamour lain :

>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol


tarikh lahir: hari-hari pun ada..
tempat lahir: 

> Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
> Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
> Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
> Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
> Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
> Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
> Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
> Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
> Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
> Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
> Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



sape dia??:

--->>>>makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan
memudaratkan.


----->>>>>>menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh


------>>>>>tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.


----->>>>>>penyebab utama kegemukkan.

keburukan:



1.Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
3. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
4. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
5. Meningkatkan paras trigliserid
6. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
7. Merosakkan buah pinggang
8. Mengurangkan kolesterol yang baik macam mm (HDLs)
9. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya macam pencuri (LDLs)
10. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
11. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
12. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
13. Faktor kepada kanser pundi hempedu
14. Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat
15. Melemahkan penglihatan
16. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
17. Penyebab hipoglisemia
18. Penyebab perut berasid
19. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
20. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

nak tahu lagi..
jom baca ni..

buruknya incik gula
"kita adalah apa yang kita makan"

JOMLIKE!

Selasa, 11 Mei 2010

belia dan blogger:apa kesinambungannya???

belia

salam 1 malaysia!!!
inilah semangat belia malaysia!!
tambah2 lepas tengok piala thomas dari petang sampai ke malam..

rakan2 blogger yang mm sayang..
tengah2 duk tengok kat shoutbox..
tetibe ternampak sis dahlia datang jenguk bawak info dan mengajak..
mm buat satu entry tentang BELIA...

sempena HARI BELIA NEGARA 2010
yang akan berlansung sepanjang 14-16 MEI 2010 ini..iaitu 3 hari lagi..
telah berlansungnye satu blog contest iaitu CREATIVE YOUTH BLOG yang dianjurkan oleh
ITYM...
ape itu ITYM???
setelah menyelongkar internet dua hari ni..
blogwalking dan macam2 lagi..
ITYM stands for Information Technology Youth Movement...
untuk syarat-syarat penyertaan sila klik sini..


sekarang..menjawab soalan tajuk post mm kali ni...
ape kesinambungan BLOGGER dan BELIA??

1. Blogger terdiri dari pelbagai bangsa dan agama,dari seluruh pelusuk dunia..dan majoriti blogger adalah dari kalangan BELIA..dengan adanya Blogger-blogger ini..terbentuk jugaklah semangat 1 MALAYSIA..
2. Bersesuaian dengan nama ITYM,iaitu information technology youth movement, Blogger-blogger yang terdiri dari kalangan BELIA ini,telah bergerak maju ke hadapan melalui cara mereka yang tersendri melalui medan blogging.
3. Dengan adanya blogger dari kalangan BELIA ini juga, info-info tertentu dapat disebarkan dengan lebih cepat dan pantas, ini seiring dengan zaman yang semakin moden dimana semuanya hanya dihujung jari sahaja.

dan sedikit harapan MM tentang Blogger dan Belia...

1. mm berharap selepas ini, BlOGGER yang majoritinya dari kalangan BELIA ini dapat ditemukan dalam satu perjumpaan yang sememangnya akan membuahkan hasl idea-idea bernas dari para BLOGGER DAN BELIA.

" MAJULAH BELIA UNTUK NEGARA"

JOMLIKE!

Selasa, 20 April 2010

tips makan gaya sihat..

salam semua..
b4 menjengah hari baru..sempat mm taip bnda nih..
tp bila post nnti mesti dah masuk hari baru.heheh...


hari nih nak share pasal piramid makanan...
kenapa kita kena makan based on piramid makanan??



okeyh2..
b4 melalut panjang2..
kat ats nih adalah piramid mkanan yang diguna pakai kat MALAYSIA ni..
baru je dilancarkan tahun ni..pada bulan mac.

piramid ni..
menunjukkan start dari dasar,ke atas adlah turutan mengikut kepentingan
untuk kita semua..
itu adalah basic untuk semua orang..
tapi tak semua individu amik dalam amount ini..
sebab??sebab ade certain2 penyakit yang memerlukan seseorang amik lebih @ kurang dari amount nih..

so,kat sini, mm tanak ulas semua
juz nak share on salah satu problem yg berlaku kat malaysia.
masalah ade antara kita yang tak minum susu kan??
so, here, mm nak cadangkan anda2 semua minum soya k..
gantikn serving untuk susu tu kepada soya..
soya hanya pilihan terakhir k..
b4 that..mm cdangkan try to minum susu gak..
even berperisa..mcam yang mm buat..

okeylah..
lagi satu yang penting..
untuk dapat hidup sihat..
ade 2 perkara..
1. pemakanan
2. gaya hidup yang sihat..

pemakanan + gaya hidup yang sihat = insyaallah jauh dari penyakit.

lastly...marilah dapatkan hidup yang sihat melalui amalan gaya hidup sihat..
*ape aku mengarut nih*
sori3..
lastly..nite2~~

JOMLIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...