Daisypath Friendship tickers

Rabu, 12 Mei 2010

MuSuH NeGaRa

salam semua..
selamat petang...
fuhh~~~penat2..
penat tengok malaysia lawan indonesia tadi~~
sampai seram sejuk mulut..tangan..
tapi tape..
mesti korang lagi seram sejuk kan tengok tajuk entry kali nih...kan???


sabar2...anda rasa anda berani tempuhi MUSUH NEGARA???
mari masuk ke alam pertempuran bersama mm~~
tapi peringatan untuk pesakit DIABETES,SILA KUAT!!ANDA AKAN DISERANG!!!

okeyh2..
cukup2lah buat suspended  kan..
sekarang kita kenali musuh negara kita ini..
musuh ini tidak hot seperti hot fm..dan tidak cool seperti xfresh fm..
tapi pendiam cam mm pencuri..


jom lihat profil musuh:
nama: gula bin pasir
nama glamour lain :

>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol


tarikh lahir: hari-hari pun ada..
tempat lahir: 

> Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
> Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
> Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
> Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
> Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
> Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
> Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
> Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
> Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
> Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
> Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



sape dia??:

--->>>>makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan
memudaratkan.


----->>>>>>menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh


------>>>>>tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh.


----->>>>>>penyebab utama kegemukkan.

keburukan:



1.Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
3. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
4. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
5. Meningkatkan paras trigliserid
6. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
7. Merosakkan buah pinggang
8. Mengurangkan kolesterol yang baik macam mm (HDLs)
9. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya macam pencuri (LDLs)
10. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
11. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
12. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
13. Faktor kepada kanser pundi hempedu
14. Meningkatkan paras glukosa dalam darah dengan cepat
15. Melemahkan penglihatan
16. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
17. Penyebab hipoglisemia
18. Penyebab perut berasid
19. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
20. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

nak tahu lagi..
jom baca ni..

buruknya incik gula
"kita adalah apa yang kita makan"

JOMLIKE!

4 ♥♥suratcinta♥♥:

Aidi-Safuan berkata...

hahaha...musuh negara ape nyer. bagi robert kuok plak. gula nih la penyebab dier jadik orang paling kaya kat malaysia. :)

Mrs Ijam berkata...

aidi---> hahhaa...kalau dah tahu..
jom kurangkan gula..
bagi kurangsikit sumber pendapatan die..

thanx weah..selalu komen~~

AMIR KOMENG berkata...

"KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN"...aku suker betul ayat tuh...memang kena...

Mrs Ijam berkata...

amir--> yup2..sebab tu kita kena memilih makan~~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...