Daisypath Friendship tickers

Ahad, 5 September 2010

contest raya meletups!!

salam semua...
selamat pagi!!!!!

hari ini mm mahu joinkan diri dalam contest ini..
contest raya meletups!!!

memang meletups la you all..
tahu kenapa??
ni hadiahnyer..
Hadiah pertama: RM 100
Hadiah kedua: RM 50
Hadiah ketiga: RM 30

hahaha..
konfirm ade yang ternganga tengok hadiah kan??
ape lagi sila lah ke proud to be me untuk syarat2nyer:)

************************************************************
nik ismail nik kar,
chef kegemaran saya..
gambar ni time masak untuk kenduri kawen sepupu,
yer,ayah saya tukang masak kat rumah orang kawen tau:)
so imagine how sedap die masak:)

ni gambar romantik 
my abah ngan my ma..
romantik kan??
jangan jeles ok!!
dah 31 tahun mereka bersama:)
alhamdulillah,semoga terus kekal sampai akhir hayat:)
sayang ma n abah:)

ni plak gambar gembire kami sekeluarga di pagi raya,
tapi tak cukup korum,lagi 3 anak+2 menantu+1 cucu

okeyh,now kite ke entri pule..
buat pengetahuan cik penganjur contest,
hamba dah penah buat entry ni,
so,hamba edit2 je tau:)
sebab hamba taleh nak taip balik,
nanti mata hamba sembab menangis~~

nampak tak seorang lelaki dalam 3 gambar ni???
he is my hero..
hero paling gagah,paling berani,paling kuat,paling tabah,paling saya sayang....
my abah..
nik ismail nik kar..
dan cerita yang berkait dengan kenangan raya ni..
ada kaitannya dengan my only abah...
di pagi 1 syawal 1426 hijrah(ok yang tahun tu tak berapa nak pasti sebenarnye)
pagi yang hening,mungkin disaat orang lain sedang bersiap aku dan family juga sudah bersiap 
berpakaian baju raya masing2..
semua adik beradikku sudah bangun kerana memang menjadi kebiasaan keluarga kami..
untuk pergi menziarahi kubur arwah nenekku selepas abah pulang dari masjid..
alkisahnya,abah pergi ke masjid yang jauh dari rumah kerana tanggungjawab abah sebagai bilal disitu..
hari itu seperti hari-hari biasa..
abah turun awal pagi,dikala semua orang sedang berusaha untuk bangun(aku lah tu)
dan kami di rumah sudah mula amik turn untuk mandi dan bersiap..

tapi hari itu abah pulang agak lambat dari kebiasaan ...
kami dirumah tetap menunggu dan menunggu..
dengan hati masing2 yang sedang dalam keresahan,tapi ditenangkan fikiran itu...
lama menunggu,tibe-tibe..
telefon abah berbunyi ....

semua yang dalam bilik sudah diam untuk mendengar perbualan ma..
rumah jadi sunyi sepi seketika dari bunyi pinggan mangkuk dan kami yang sedang bersiap..
ma bercakap sesuatu dengan pemanggil tersebut,
tapi aku yang tika itu berada dalam bilik tak dapat menangkap apa yang ma perkatakan hinggalah 
tiba-tiba ma panggil along dan 
"long,cepat siap,abah accident,kerete kena hempap pokok"

dan saat itu,dalam baju kurung raya aku,
aku terjelepok ke lantai..
aku tak kuat..tak kuat dengan berita itu..
baju ku dah basah dengan air mata..
sepeninggalan ma,semua adik beradik yang tinggal di rumah dah tak sedap duduk..

aku tak keluar dari bilik,
mata sudah semakin membengkak..
air mata ibarat tiada lagi untuk dikeluarkan..
dalam hati hanya mampu berdoa

"ya allah selamatkanlah bapa ku..
sesungguhnya hati ku tidak kuat ya allah,
hamba masih belum dapat membalas jasa-jasanya ya allah,
hamba belum berpuas bermanja dengannya ya allah,
aku belum puas menjaganya ya allah
masih banyak dosaku padanya ya allah"

********************************************************
dipendekkan cerita...
hari itu merupakan hari raya aidilfitri yang paling berairmata bagi aku....
dan alhamdulillah,
abah boleh pulang pada hari yang sama,
abah dijahit di bnyak tempat,
di muka,di lidah,oh tak ingat dimana lagi..
tapi hati aku sangat bersyukur..
terima kasih ALLAH kerana masih memberi peluang kepada ku..
peluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa ku..
sesungguhnya,mereka lah no 1 dihatiku..
mereka yang membesarkan ku dengan begitu tabah,
yang sabar melayan kerenahku dari hari pertama aku dilahirkan..


"YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR KEDUA IBU BAPA KU YA ALLAH"

****************************************************
semoga kita semua sentiasa menghargai mereka,
mereka yang dah banyak berjasa kepada kita...

salam ramadhan buat semua..

p/s: entry ditaip dengan muka yang basah dengan air mata..ya allah..aku rindu keluargaku..semoga keluarga ku sentiasa dirahmati ALLAH:)


JOMLIKE!

0 ♥♥suratcinta♥♥:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...