Daisypath Friendship tickers

Khamis, 16 Disember 2010

[tips] Vitamin A,fungsi dan sumbernya

salam semua..selamat hari khamis.ouh dah khamis,3 more days nak balik KL.semalam entry bergada2.hari ni entry baru nak muncul.Jadi jom kite selongkar ape fungsi dan dari mana agaknya kita boleh mendapatkan sumber vitamin A untuk badan kita.

sebelum pergi tengok fungsi vitamin A,moh kita tengok dulu mana nak dapatkan vitamin A ni.
ok,kita boleh dapat vitamin A ni daripada sumber2 seperti:
1.organ dalaman-hati,otak dan lidah
2.minyak ikan
3.kuning telur
4.susu dan hasil tenusu-cheese
5.sayuran yang berdaun hijau-kangkung
6.sayur yang berwarna kuning @oren-lobak merah,labu
7. buah-buahan bukan sitrus yang berwarna oren-betik


dan secara ringkasnya tengok gambar dibawah

ok,setelah melihat dari mana kita boleh dapatkan vitamin A untuk badan kita,mesti nak tahu ape kepentingannya,jom,kite selongkar pula ape fungsi vitamin A ni.

1. untuk penglihatan-kekurangan vitamin A akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah rabun malam
2.untuk pertumbuhan dan pembahagian sel dalam badan- kekurangan vitamin A akan mengakibatkan seseorang itu terganggu pertumbuhannya*mungkin aku termasuk dalam golongan ni.sebab tu terbantut*
3.untuk imuniti badan kita-kekurangan vitamin A juga akan memberi kesan kepada sistem imun badan kita yang akan membawa kepada senangnya sesorang itu dijangkiti penyakit.*er,macam untuk aku jugak sebab selalu sakit*
4.untuk pembentukan tulang - kekurangan vitamin A boleh menyebabkan densiti tulang anda berkurang.dan akhirnya senang patah dan rapuh.
5.turut dikatakan berfungsi sebagai antioksidans-makan banyak buah dan sayur dapat kurangkan risiko kanser,sakit jantung dan penuaan.

dan dibawah ni ringkasan semua fungsi dalam bentuk rajah


so,itulah die fungsi dan sumber vitamin A.diharap entry kali ni dpat bagi informasi kat semua!!!
badan sihat,otak cergas kan??jadi JOM SIHAT!!

P/S: tuan belog dah pasang commentluv balik,so rajin2 lah komen yer:)

JOMLIKE!

0 ♥♥suratcinta♥♥:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...