Daisypath Friendship tickers

Rabu, 15 Disember 2010

[cerpen] andai kau tahu…

salam semua,hari ni tersedar awal dan suddenly idea 4 cerpen is coming.so aku menulis selagi ade idea..btw,this is my 300th entry.so do enjoy cerpen ini yer.ade komen??jangan segan2 nak komen~~

-----------------------------------------------------------------------------------------------

awan berarak mendung menandakan langit yang telah hitam mahu meluahkan kandungan air yang dah memberat di dalam awan.Saniah berlalu pergi dari taman dengan hati yang gundah gulana,sekelam langit pada petang itu.

Saniah,Wahida dan Afiqah,3 nama yang tidak asing lagi dikalangan warga asrama puteri sekolah menengah teluk panglima bongsu.Mereka bagaikan belangkas,kemana sahaja harus bertiga sehingga ada antara warga asrama yang memanggil mereka dengan 3 serangkai.

namun kini,kerana satu teguran oleh Saniah,yang mungkin kasar pada pendengaran Afiqah dan Wahida,mereka tidak lagi seperti dahulu.Saniah kini keseorangan kemana sahaja.Afiqah dan Wahida tidak lagi mempedulikan Saniah.

namun dalam hati Saniah hanya mampu tersenyum kerana,dalam hatinya berbisik,andai kau tahu,aku lakukan ini kerana kasih dan sayangku kepada kalian berdua.dan andai kau tahu,ini akan memburukkan masa hadapanmu,pasti kalian tidak akan menidakkan ape yang aku katakan.Tapi ini hanya andai kau tahu,dan malangnya,kalian tidak tahu itu..

p/s: untuk tidak memanjangkan cerita,ape yang ditegur adalah tentang masalah ponteng kelas tambahan oleh Afiqah dan Wahida.

---------------------------------------------------------------------------------------------

hari keputusan spm diumumkan

seperti kebiasaan,Afiqah hadir bersama Wahida untuk melihat keputusan spm mereka, dan mereka terduduk setelah melihat keputusan mereka.tapi apakan daya,nasi telah menjadi bubur.masa tak boleh diputar kembali.terlintas di hati mereka untuk melihat keputusan sahabat yang dulunya seiring dan sejalan dengan mereka,ya Sainah.dan nyata  Sainah meraih keputusan yang cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik spm di sekolah tersebut.

Kelibat Sainah dicari tapi malangnya tiada.dimana Sainah??dan dikala otak ligat berfikir datang salah seorang rakan sekelas mereka menghulurkan sekeping warkah buat mereka.dan warkah ini datangnya dari Sainah.

Buat sahabatku Afiqah dan Wahida,
maaf dan maaf dan maaf hanya itu ungkapan yang mampu aku luahkan tatkala ini,maafkan aku kerana menegur kalian suatu masa dahulu.maafkan aku andai aku dianggap penyibuk dalam hidup kalian.tujuan aku hanya satu,untuk melangkah seiring sejalan dengan kalian untuk menempa kejayaan.dan tatkala kalian membaca surat ini,aku dah pun berlepas ke sebuah negara bagi merawat barah tulang yang telah sampai ke peringkat terakhir.doakan aku sembuh dan andai kesembuhan itu bukan milikku,maafkan aku atas segala perbuatanku sebelum ini.

andai kau tahu,teguranku itu kerana kasih dan sayangku untuk kalian,
dan andai kau tahu betapa seksanya jiwaku menghadapi semua ini sendirian..andai kau tahu..

yang ikhlas tapi jauh,Saniah.

air mata tak mampu lagi diseka.dan mereka berdua menangis semahunya seperti langit yang menangis pada petang itu…dan dalam hati berkata…andai ku tahu Saniah…

.tamat.


JOMLIKE!

0 ♥♥suratcinta♥♥:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...