Daisypath Friendship tickers

Ahad, 23 Mei 2010

[hangat] Tips mengurangkan kedutan

salam semua....

adus2..incik berukband sangat2 menunjukkan perasaan tak puas hati dengan mm tau~~~
sedih betul tak dapat nak blogwalk..tapi tape!!!demi kwan2...mm tetap akan blogwalk jugak tau!!!!

emmm..tua???
sape tua angkat dahi!!!!!
hahaha..mesti tade yang nak ngaku kan..
tengok cam mm..mm muda lagi tau..baru 12 tahun...
hahahaha...ok PERASAN!!!

tapi kalau sapa jumpa dengan mm muka dengan muka face to face..
mm dengan yakin nye...dan confidentnya....
korang akan cakap mm cam budak sekolah menengah punyer!!!
tak caya???JOM JUMPA!!!!
hahaha..ok2..sebelum entry ni lebih karam ke laut....
jom ikuti bebrapa tips yang senang untuk diamalkan...
untuk meminimumkan kedutan2 di muka anda ye sedara sedari...
dah rase cam jual barang kat smartshop plak

10 tips kurangkan kedutan;

1. Pemakanan Sihat...
lebihkan pengambilan sayuran,buah-buahan,dan soya bagi memperbaiki struktur kulit.sila elak makan makanan segera, berminyak dan berlemak.

2.Lindungi dari sinaran matahari...
sila jangan dedahkan muka anda kepada matahari pada jangka masa yang lama,sbb sinaran uv akan menyebabkan kedutan muncul.gunakan krim yang sesuai seperti SPF15 @ 20. (yang nak sumber vitamin D dari matahari..hanya sampai kul 10 tau..bukan matahari kul 12)

3.Gunakan krim pelembap.
bukan buat diri anda menjadi 'lembap' tapi guna krim pelembap.tapi pastikan anda pilih krim yang sesuai dengan jenis kulit anda.krim ini akan membantu mewujudkan keserasian antara krim dengan kulit wajah.

4.Tidur yang BERKUALITI
bukan barang je yang perlukan kualiti,kita juga memerlukan tidur yang berkualiti.tidur sekurang-kurangnya 6 JAM SEHARI. dan tidur dalam keadaan kuak lentang terlentang bagi mengurangkan kedutan.

5.Pelindung mata...
mata merupakan salah satu tempat dimana kedutan kelihatan.jadi pastikan anda menggunakan sunglasses yang sesuai ketika di bawah cahaya matahari dan tidur yang cukup juga melindungi mata.

6. Banyak makan IKAN
ikan mengandungi omega-3 yang merupakan salah satu protein yang banyak membantu dalam membina struktur kulit.

7. bersenam secara TERATUR
tidak memerlukan masa yang lama,cukuplah sekadar 20-30 minit setiap hari..diingatkan harus dilakukan SETIAP HARI!!

8. AIR yang cukup
minum air dengan cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau pun lebih bergantung kepada kadar aktiviti yang kita lakukan dan juga cuaca sekitar.

9. bersihkan sisa solekan bukan sisik ikan..
pastikan anda membersihkan sisa solekan sebelum anda tidur bagi mengelakkan pori-pori kulit wajah daripada tersumbat~~

10. BERHENTI MEROKOK
berdasarkan kajian di london, individu yang merokok mempunyai risiko 40 peratus lebih tinggi terhadap kedutan.mahu muka cantik???sila lah BERHENTI MEROKOK.

merepek sudah bagi info pun sudah..
so sekrang masa untuk publish...
hehehe..dan masa untuk blogwalking dilancarkan..
have a nice weekend kawan2~~



JOMLIKE!

0 ♥♥suratcinta♥♥:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...