Daisypath Friendship tickers

Selasa, 2 Disember 2014

Susu Ibu itu tanggungjawab bukan pilihan


Assalamualaikum good morning semua!
Apa khabar semua harini? ada ibu mengandung atau ibu yang sedang menyusukan anak atau ibu bapa yang sedang membesarkan anak dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka?
Jom kita kongsi sejenak tentang susu ibu. Jadi, pada pendapat pembaca semua, adakah susu ibu ini suatu pilihan?


Saya percaya, semakin ramai ibu dan bapa yang buka mata tentang penyusuan susu ibu secara ekslusif sekarang. Ya lah, dengan bantuan dari sosial media yang seringkali berkongsi dan memberi informasi yang terkini. Tapi sejauh mana tahap kefahaman kita?

Sumber gambar dari rakvitamin

Nampak kan? siap ada ayat quran untuk penyusuan susu ibu. Dalam surah Al-Baqarah ayat 233, ada dinyatakan tentang tempoh pemberian susu ibu kepada anak selama 2 tahun. Maka, tanggungjawab seorang ibu memberikan hak seorang anak iaitu menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Jadi anda rasa adakah menyusukan bayi dengan susu ibu itu adalah pilihan? Pada pandangan saya, ianya satu tanggungjawab. Jom fikir-fikirkan dan tunaikan tanggungjawab kita. Selamat memberi susu ibu secara ekslusif kepada anak anda selama 2 tahun!




JOMLIKE!

2 ♥♥suratcinta♥♥:

kid berkata...

thanks ya

Unknown berkata...

Выбирай: красивые проститутки Одессы
Самое тяжелое в смерти - это молчание.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...