Daisypath Friendship tickers

Isnin, 1 Disember 2014

Bermula Kembali!

Assalamualaikum semua! 
Lamanya berhenti tangan ni dari menaip sesuatu di alam maya (blog) ni.
Kalau dulu, hari-hari menghadap blog dan mencatit ape yang patut, itu cerita rasanya 2 tahun lepas.
Sekarang, aku dah pun bertukar status dari yang dulunya bujang sekarang dah jadi puan.

Oleh kerana angin berblog baru kembali. Kita mulakan dengan introduction diri dan juga encik suami. Sebab rasanya blog ni nanti bakal jadi catatan cerita tentang kami.


ini gambar lockscreen kami selepas 1 minggu bergelar suami isteri. Tanggal 10 Mei 2014 telah menjadi tarikh keramat buat kami. Ikatan sah suami isteri dengan hanya satu lafaz. Maka hilanglah tanggungjawab abah terhadapku dan dipindahkan kepada si suami tercinta.Sungguh istimewa wanita, sentiasa di jaga.

Buat masa ini,kami sedang melalui fasa perkahwinan jarak jauh kerana, aku bekerja di Pahang manakala suamiku di Johor. Tetapi tidak mengapa, kerana kami keduanya dekat dengan keluarga masing-masing . Mungkin Allah nak kami berbakti pada kedua ibu bapa kami terlebih dahulu kan?

Alhamdulillah pada tarikh ini 1 Disember 2014, lebih 1 tahun aku berkhidmat sebagai apa yang aku impikan. Alhamdulillah rezeki ku dipermudahkan, hanya selepas 1 tahun konvo , aku berjaya bergelar kakitangan kerajaan seperti yang ramai idamkan.

Cukup rasanya intro untuk permulaan baru blog ini. Doakan aku dan suami bahagia dan juga kuat menjalani fasa perkahwinan jarak jauh ini!


JOMLIKE!

0 ♥♥suratcinta♥♥:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...