Daisypath Friendship tickers

Sabtu, 15 Januari 2011

Maxis Om Nom Nom Race : 2nd Stop - Tarbush Restaurant, Sunway Pyramid

Setelah ada beberapa problem seperti laptop habis bateri dan GPS yang tak berapa membantu, akhirnya kami tiba di 2nd Stop.. kat mana lagi kalau bukan di Tarbush Restaurant, Sunway Pyramid

 Ini permandangan dari luar.


Menu yang disediakan memang membuatkan kami yang baru lepas menjamu selera di destinasi pertama kembali menjerit kelaparan. Menu dari Timur Tengah, memang sangat menyelerakan. Berikut adalah senarai menu makanan yang ada:

Lemon Na' Na' (RM 11.00), campuran Lemon dan Mint - rasa dia sedap walaupun rupanya agak pelik.

Iced Lemon Tea (RM 9.00) dengan sentuhan Timur Tengah.. memang lain daripada yang lain.

Mahalabia (RM10.00), dessert yang rasa macam yogurt, dengan titisan air ros. Sedap gila..

Mixed Pickles (RM7.00) - jeruk sayur-sayuran pembuka selera.. mmppphh terangkat!
Sauteed Lamb,  Kambing biri-biri yang boleh membuatkan sesiapa kecur tatkala terpandang. Tambah lazat jika dimakan bersama Lebanese bread (semestinya enak jika dimakan begitu saja)


Samosa Cheese - First time rasa samosa inti cheese..  bole dipertengahkan ni kat mak masing-masing.


 Scene kat bahagian dalam restoran. Memang santai dan penuh ciri-ciri Timur Tengah

Tarbush Restaurant ni ada banyak cawangan diantaranya di Sunway Pyramid, Bukit Bintang, Starhill Gallery, dan di Penang. Restaurant ni pun ada Tarbush Express kalau korang prefer nak take-away. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tarbush.com.my atau email info@tarbush.com.my

JOMLIKE!

3 ♥♥suratcinta♥♥:

ieda berkata...

wah2 menu x hinggat .. lapoor lah pulakk :))

scya lollita berkata...

HEEEEEE sedap . laparrrrr ! serius !

Aida Azryn berkata...

perghh.. menyelerakan...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...