Khamis, 21 Januari 2010

mereka tutup mata kita!!!!!

selamat malam to all~~~*semoga berada dalam keadaan yang bahagia*

hari ni saje je cik empunyer belog nak kongsi sumtin ngan korang2 semua...

terbaca sumtin dalam metro ari nih!!

sesuatu yang cik empunyer belog rase penting untuk share ngan korang2 sume*terutama nya yang ISLAM*

selama ini,mungkin ade antara kita sebenarnyer dah tertipu dengan helah sesetengah orang bukan islam*pemilik restoran*....ade yang menggunakan perempuan2 islam bertudung dan menggantung kalimah2 suci seperti ayat kursi untuk menunjukkan tempat mereka adalah HALAL!!!!

tapi sebenrnye tidak..jadi..meh baca keratan akhbar ni eah...

****************************************************************************************************************************************

PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.

pix_middle
MENGELIRUKAN...restoran  bukan Islam yang menggantung kalimah Allah dan Muhammad.
MENGELIRUKAN...restoran bukan Islam yang menggantung kalimah Allah dan Muhammad.

Perkara itu hanya akan terbongkar selepas serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPNDKK).


Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar, berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada pengguna yang keliru dengan tindakan segelintir pemilik restoran menggunakan pelayan wanita bertudung sebagai pekerja sedangkan restoran itu diragui status halalnya.


“Kami mengesan banyak kes seumpama ini selepas membuat pemantauan, siasatan dan pemeriksaan premis. Biasanya pekerja yang digaji adalah wanita warga Indonesia yang tidak diketahui sama ada mereka Islam atau tidak.


“Biasanya pemilik pandai berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan bagi mengelak mereka ditahan termasuk mengatakan ‘saya tak kata restoran saya halal’,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Saimah berkata, tindakan boleh diambil ke atas pemilik restoran terbabit kerana melakukan perbuatan yang boleh mengelirukan pengguna dan difahami sebagai halal dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.


“Kes ini sama seperti restoran mamak dimiliki orang bukan Islam yang menggantung pelbagai ayat al-Quran dan kalimah Allah serta Nabi Muhammad dengan tujuan mengelirukan pengguna Islam.


“Tindakan mereka menyebabkan umat Islam terpedaya dan makan di restoran itu tanpa mengetahui mereka sebenarnya menghidangkan makanan tidak halal,” katanya.


Namun, katanya, tindakan tidak boleh diambil terhadap pekerja yang digaji, tetapi hanya terhadap pemilik atau pengusaha restoran saja.


Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan strategi dan taktik segelintir pemilik restoran yang ingin meraih keuntungan cepat, sebaliknya diminta menyelidik terlebih dulu status halal restoran itu.


“Kami ada menyenaraikan nama restoran atau syarikat yang mendapat pengesahan sijil halal daripada Jakim di laman web kami. Semak nama restoran yang ingin dikunjungi sebelum pergi, jangan sesuka hati redah saja tanpa mengetahui status halalnya.


“Jika ragu-ragu jangan masuk ke kedai itu walaupun terdapat pelanggan atau pekerja bertudung di dalam premis terbabit. Kami tidak boleh mengukur status halal sesebuah kedai itu hanya dengan melihat mereka yang bertudung, kalau begitu keadaannya terlalu tipis kepercayaan kita sebagai seorang Muslim,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap segelintir pengusaha restoran bukan Islam yang menggantung ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal selain menggaji pekerja wanita bertudung bagi menarik pelanggan Islam menjamu selera di restoran mereka.

Noraini Deris, 52, berkata tindakan pengusaha terbabit mengakibatkan pelanggan tertipu dengan taktik terbabit kerana selalunya orang ramai beranggapan restoran itu halal apabila ternampak logo halal, ayat suci al-Quran serta terdapat pekerja wanita bertudung di restoran terbabit.


“Sebelum memasuki mana-mana restoran, saya akan memastikan terdapat logo dan sijil halal dipamerkan di premis terbabit bagi memastikannya diiktiraf jabatan agama,” katanya.


Pekerja swasta, Norehan Kamarudin, 24, berpendapat pengusaha restoran tidak seharusnya mengeksploitasi logo halal dan pekerja wanita bertudung untuk menarik ramai pelanggan.


“Langkah terbaik untuk mengelak daripada tertipu, pelanggan perlu peka dengan persekitaran restoran seperti pelanggan yang datang, logo halal dan sijil diperakui jabatan agama,” katanya.


Pelajar kolej, Muhamad Farhan Hashim, 22, mencadangkan kerajaan mengambil langkah pencegahan segera bagi mengelakkan pelanggan terus tertipu.


Kakitangan kerajaan, Mohd Ezuan Jumanir, 24, berkata pihak berkuasa harus membuat pemantauan berkala bagi restoran diusahakan orang bukan Islam yang menyalah guna logo dan sijil halal.

***************************************************************************************************************************************

itulah keratan akhbar nyer...jadi,ape kata kite sama2 merajinkan diri pergi kat dis site..site jakim:untuk sijil sah HALAL!!

semoga mata kita semua terbuka setelah baca dis keratan akhbar...
renung2kan dan selamat beramal dari,


p/s: ngah excited tunggu result edit photo contest cik ros..w/pun tau takkan menang...hehehehehe....Monkey WinksMonkey Icon

JOMLIKE!

4 ♥♥suratcinta♥♥:

ARC berkata...

bende cmni mmg banyak kali dah kantoi...ish3 takot ah mau layan mamak

Cerita tahun lepas

Obsesi Hiburan

kalau nak bergaduh mari bertumbuk

moshimoshi berkata...

arc----> hahaha.....tau tape....
jangan takut...gue tak publish komen yg tut~~~:p

profnotetree berkata...

hurm.. tu r mamak pon skang xle caye..
kedai je gantung kalimah.. tapi bukan islam.. ari jumaat org smayang.. staff dgn owner2 skali ada kat kedai.. nampak sangat r bukan islam

moshimoshi berkata...

prof----> em,yup2..restoran yg pling dkt di hati melayu adalah mamak..so jaga2~~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...