salam semua..selamat hari isnin..
ini entry kisah semalam kisah yang panjang untuk diriku.dalam entry ini mm bahasakan diri aku yerini jadual aku semalam,sile tengok dengan teliti
ahad-14112010
7.00 pagi- bergerak berjalan kaki dengan konon-konon mind setting sihat weh jalan kaki pagi-pagi.Berjalan menuju ke KG BARU.
8-00 pagi- dah sampai di Kg Baru,ouh rasa macam tak dijemput pun ade,sebab kitorang datang,tapi kawasan sekeliling macam sunyi.oh aku rasa cam pendatang asing terhormat.
9.00 pagi- taklimat dimulakan sebelum program,dan aku tak terlibat untuk shift klinikal pagi,jadi di pagi itu haruslah aku dan kawan-kawan yang lain bertungkus lumus berpeluh hamis untuk mencari mangsa untuk klinikal.hehe..
10.00 pagi- pelanggan pertama kami sampai,dan kami dah buat muak senyuman paling manis tahap semut pun takut nak datang sebab takut kena diabetes,tapi malangnya,sambutan macam tidak menggalakkan.jadi bergerak lah kami sekeliling Kg Baru untuk mencari target.tapi aku,jadi penyambut tetamu di pintu,sebab tu kot orang tanak datang.
11.00 pagi-12.00 tengahari- rutin memaniskan muka dan mulut diteruskan tapi senyuman dah turun tahap kemanisan sebab kaki dah mula lenguh berdiri dikala matahri memacak di atas kepala,baju dah basah macam mandi hujan dek kerana peluh.
12.30 tengahari- selepas perut diisi dengan makanan yang sedap,hati dah senang,aku memulakan tugasku iaitu menjaga stesen pemeriksaan tekanan darah,ouh tak pernah buat sebelum ni,tapi BERJAYA!!dan yer,tekanan darah sendiri yang rendah.
1-4 petang- tugas dijalankan dengan penuh komitmen,dikala kawan2 lain sedang masih berusaha mencari mangsa,mulut disetting menjadi peramah untuk berborak dengan warga Kg Baru yang datang melakukan pemeriksaan kesihatan,terima kasih pada yang hadir.dan yer,kami sangat terharu kerana pelanggan kami yang terakhir adalah seorang nenek yang hampir 70 tahun yang datang dari sentul dikala hujan gerimis semata-mata untuk memberi sokongan kepada kami,walaupun tatkala itu semua sudah mula menyusun alatan untuk pulang,tapi kami pasang balik demi NENEK YANG SANGAT SPORTING ini!!sayang nenek itu!!!
3-5 petang- mesyuarat dikalangan ahli kumpulan program dan kesimpulannya kami harus bekerja lebih kuat pada program yang akan datang,tapi ape pun,GOOD JOB kawan2,anda semua telah melakukan kerja dengan sangat BAIK!!!
5 petang- naik teksi ke KOLEJ TUN SYED NASIR,JALAN TEMERLOH untuk mengambil barang untuk pulang(ouh yer,ini adelah tidak dirancang sebab rancangan sebenar nak balik 15/11 pagi),dan terus ke pekeliling untuk mencari tiket dan akhirnya tiket jam 6 petang dalam genggaman.
6 petang-9 malam- dalam bas bulan restu yang dalam perjalanan ke KUANTAN terchenta.dalam bas aku dihiburkan oleh seorang radio,yer seorang yer rakan-rakan,seorang radio yang berwarna merah,berketinggian paras pinggang aku,yang sanggup bersusah payah lah nak hiburkan aku dengan me”nyumbang”kan lagu wali band lah,saleem lah, kristal lah,dan MJ pun ade babe!!!time kaseh lah adik radio, sebab tak bagi ahkak yang comel ni tido walaupun penat.Tak cukup dengan adik radio,aku juga dihiburkan oleh berita terkini hiburan sensasi oleh pakcik driver bas dan kawannyer,hebatlah pakcik tu,aku yang seat tengah2 bas nih pun boleh dengar segala berita terkini yang dia sampaikan.Time kaseh la pakcik sebab bagi saya maklumat yang keretapai nak dibina dari kuantan ke kuala lumpur,dengan duration 1jam 30 minit perjalanan yang dirancang tahun 2015,kebenarannya?mungkin aku boleh sms MB Pahang lepas ni.ouh,dan tak cukup itu,aku turut dihiburkan dengan kelaas belajar mengorat menggunakan bahasa tamil dengan free.”seronok” kot!!!sampai tak sanggup tidur!!
9.10 malam- and finally,sampai kuantan terchenta yang bile time tunggu abah aku sampai,aku dihidangkan dengan asap rokok free dari pakcik2 teksi yang tak faham bahasa isyarat aku tanda aku tak suka mereka!!pesanan untuk pakcik-pakcik itu”pakcik,kot yer pun nak bunuh diri,jangan lah bunuh saya sekali,saya kawen pun belum”!!ces gatal!!haha..
9.45 malam- finally rumah manis rumah.perut diisi dengan sotong katok serai,ok aku tatau la korang panggil makanan tu ape,+ikan goreng,mandi dengan aman,dan yes,katil yang empuk lagi besar yang boleh muat 4 orang aku!!!
ok.dah tamat cerita.
panjang kan??hahha..layannn~~~
JOMLIKE!